SERDANG, 25 Jan – Satu program kesedaran tentang interaksi manusia dan hidupan liar yang berfokuskan kera (Long-tailed Macaque) telah dianjurkan oleh Animal Neighbours Project (ANP). Aktiviti ini diketuai oleh Pn. Juliana Nordin dari Animal Neighbours Project dan disertai seramai 16 orang pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPUtra). Mereka juga di iringi oleh tiga sukarelawan ANP dan seorang pegawai pengiring ASPutra, Cik Aina Suhaiza Mohamad Nazir.
Program selama empat jam tersebut dipenuhi dengan beberapa aktiviti menarik. Pelajar diberi buku aktiviti dan pendedahan berkaitan kes-kes aduan yang di terima dari penduduk setempat berkaitan gangguan daripada kera. Pelajar juga didedahkan dengan ilmu-ilmu berkaitan perilaku kera yang membahayakan. Ini penting supaya pelajar tahu interaksi antara manusia dan hidupan yang selamat. Selepas itu, pelajar di bawa meneroka, meredah ke dalam taman untuk menghargai alam semula jadi sambil memerhatikan hidupan liar yang ada di sekitar bagi menghasilkan satu bahan educational tool kit atau video informasi untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat berkenaan tingkah laku kera di sekitar taman persekutuan ini.
Selepas selesai aktiviti pemerhatian dan penghasilan bahan educational tool kit itu, pelajar di bawa pulang ke kolej masing dengan bas yang disediakan oleh pihak UPM. Sekiranya ada pihak luar yang ingin berkongsi ilmu atau membuat kerja sukarelawan, boleh la menghubungi pihak pengurusan ASPutra. Ini agar pelajar ASPutra dapat pendedahan dan menyumbang tenaga dan pengetahuan kepada perjalanan projek.
Gambar 1: Gambar kumpulan sebelum mula aktiviti
Gambar 2: Antara laluan yang dilalui ketka sesi meredah hutan di Taman Persekutuan Bukit Kiara.
Gambar 3: Sesi perkongsian berkenaan facial expression merbahaya dari seekor kera
Gambar 4: Pemandangan di bahagian pemerhatian Taman Persekutuan Bukit Kiara
Gambar 5: Sesi pemerhatian dilakukan secara berkumpulan
Gambar 6: Pn. Juliana bersama sukarelawan dan pegawai pengiring sepanjang program
Disediakan Oleh,
AINA SUHAIZA MOHAMAD NAZIR
Pegawai Pemantau Animal Neighbour Project,
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan,
Pusat Asasi Sains UPM.
Date of Input: 12/02/2025 | Updated: 12/02/2025 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550