ASASI Volunteers' Went To Dabong | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » ASASI Volunteers' went to Dabong

ASASI Volunteers' went to Dabong

Kumpulan Sukarelawan Asasi Bantu Mangsa Banjir

Mereka yang kebetulan habis peperiksaan akhir semester 2 pada 8 Januari 2015 telah bergerak ke beberapa destinasi sebagai sukarelawan. Sejumlah 30 oarang telah bergerak ke Pahang pada malam tersebut manakala yang lain mengikut kumpulan i-medic ke Dabong. Bagi kumpulan staf pula bergerak ke beberapa destinasi di kelantan antaranya, Kuala Kerai, Guchil, Manik Urai, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan Kota Baharu.

Disaat orang lain dalam kesusahan dan memerlukan bantuan kehadiran para sukarelawan ini amat membantu. Mungkin dari sini kita dapat selami erti keperitan selepas bencana. Rumah tiada, pakaian tiada semua barang hilang ditelan banjir. Sokongan mental dan fizikal dari para sukarelawan ini serba sedikit menghilangkan keperitan.

Pengalaman diusia yang sangat muda menghulurkan bantuan kepada insan lain yang memerlukan amat bermakna dan tiada ternilai harganya dengan wang ringgit. Ini lah caranya mendidik generasi kini. Pembelajaran melalui pengalaman sangat bermakna dan akan dikenang sepanjang hayat.

Date of Input: | Updated: 14/11/2019 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXDdHAa~