AsPer Exploring Statistics (AES) 2023 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » AsPer Exploring Statistics (AES) 2023

AsPer Exploring Statistics (AES) 2023

Pada jam 3 hingga 5 petang, 26 Jun 2023 bertempat di Bilik Kuliah 10 and 11, Bangunan Asasi 4, telah berlangsung program AsPer Exploring Statistics (AES) 2023. Program ini dianjurkan oleh Bidang Matematik, Pusat Asasi Sains Pertanian UPM khusus untuk pelajar-pelajar Asasi Sains Pertanian, UPM bagi meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar dengan memberi pendedahan tentang kepentingan statistik dalam kehidupan seharian. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar melaksanakan ekseperimen statistik, mengumpul data sebenar, menganalisis data dan mempersembahkan data menggunakan analisis deskriptif.

 

Program ini telah disertai oleh 20 kumpulan yang terdiri daripada empat hingga enam orang pelajar dari setiap kumpulan kuliah, kesemua pengajar dari bidang Matematik serta tujuh orang juri jemputan dari Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains UPM dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah 2 (Hal Ehwal Pelajar & Jaringan Industri dan Masyarakat) iaitu Professor Madya Dr. Mohamad Amran Mohd Salleh.

Prof. Madya Dr. Mohamad Amran Mohd Salleh merasmikan majlis

Setiap kumpulan membentangkan hasil kajian di ruang pameran masing-masing menggunakan poster bersaiz A1 dan diadili oleh dua orang juri. Prof. Madya Dr. Mohamad Amran Mohd Salleh turut meluangkan masa melawat setiap ruang pameran dan berinteraksi dengan para pelajar.

 

Timbalan Pengarah 2 sedang berinteraksi dengan pelajar dari kumpulan kuliah 14

 

Juri sedang mengadili pembentangan dari kumpulan kuliah 19

 

Juri sedang mengadili pembentangan dari kumpulan kuliah 14

 

Wakil juri jemputan, Dr. Mohd Shafie Mustafa memberikan ulasan setelah sesi penjurian selesai.

Setiap pemenang menerima hadiah berbentuk hamper dan sijil, manakala kesemua peserta mendapat sijil penyertaan. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ketua Bidang Matematik, Dr. Mohd Ezad Hafidz Hafidzuddin dan diiringi oleh Dr. Muhammad Asyraf Asbullah selaku Ketua Projek AES2023. Senarai pemenang serta tajuk kajian masing-masing adalah seperti berikut:

Kedudukan

Kumpulan Kuliah

Tajuk Kajian

Pertama

K17

Correlation & Regression Analysis Between Frequency of Fish Consumption per Week and CGPA among pre-University Students in Malaysia

Kedua

K13

Correlation & Regression Analysis Between Number of Children in A Family VS. Monthly Allowance

Ketiga

K10

Correlation & Regression Analysis Between the Amount of Allowance Received and The Amount of Money Spent in March 2023 Among Students of AsPer 18

Saguhati

K2

Correlation & Regression Analysis Between Hour(s) of Exercise in a Week and Body Weight (kg)

 

K20

Correlation & Regression Analysis of the Distance Between Residence and The Average Time per Week Taken to Arrive to the Desired Destination among Selangor Residents.

 

K8

Correlation & Regression Analysis Between BMI and Clothes Size Among Students.

 

K15

Correlation & Regression Analysis Between Time Spent on Physical Activity and Body Mass Index (BMI) Among AsPer Students.

 

Pemenang tempat Pertama

Pemenang tempat Kedua

Pemenang tempat Ketiga

 

Disediakan oleh,

Dr. Mohd Ezad Hafidz Hafidzuddin

Biro Publisiti AES2023

Date of Input: 13/06/2023 | Updated: 13/06/2023 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbRAs~