ASPer In Pertandingan Amalan Terbaik Inovasi P&P UPM 2022 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » ASPer in Pertandingan Amalan Terbaik Inovasi P&P UPM 2022

ASPer in Pertandingan Amalan Terbaik Inovasi P&P UPM 2022

Pada 18 Oktober 2022, sebuah Pertandingan Amalan Terbaik Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) UPM 2022 telah diadakan bertempat di L'apprenti UPM bermula pada pukul 10 pagi sehingga 1.30 tengah hari. Pertandingan ini telah disertai oleh tujuh (7) pasukan daripada pelbagai Fakulti/ Sekolah/ Pusat Pengajian UPM.

Pasukan ASPer telah diwakili oleh ahli-ahli Bidang Bahasa Inggeris yang diketuai oleh Cik Zur Hanis Binti Hamim, dibantu oleh Cik Siti Nasriah Binti Ramli, Cik Hazirah Binti Abidin, Cik Cindy anak Robert, Puan Ardini Zalikha Binti Nordin dan Puan Nur Farhana Binti Fadzil. Pasukan ASPer telah membentangkan inovasi P&P bertajuk, Self-monitoring Speaking: Buddy Checklist (SPUCKL). 

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang hari pertandingan:

Syabas ASPer ucapkan kepada Bidang Bahasa Inggeris kerana mewakili Pusat dalam pertandingan ini. Semoga terus cemerlang di masa akan datang. 

 

Date of Input: 30/10/2022 | Updated: 30/10/2022 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbUAI~