ASPer Physics Exhibition 2023 (APEx2023) | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » ASPer Physics Exhibition 2023 (APEx2023)

ASPer Physics Exhibition 2023 (APEx2023)

Pada 17 Mei 2023, Kelab Fizik (Asics Club) dengan kerjasama bidang Fizik, Pusat Asasi Sains Pertanian telah mengadakan satu program ASPer Physics Exhibition 2023 (APEx2023). Penganjuran APEx2023 ini adalah usaha untuk mempromosikan budaya penciptaan, inovasi dan kreativiti dalam bidang fizik dalam kalangan pelajar Asasi Sains Pertanian (ASPER) sejajar dengan transformasi pendidikan kebangsaan yang kini memberi tumpuan kepada kepentingan pendidikan dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan modal insan yang sangat mahir dan inovatif. Ia merupakan platform bagi pelajar untuk menyalurkan buah fikiran baru yang cemerlang berkaitan dengan fizik terutamanya dalam konsep mekanik, gelombang, terma, elektrik dan elektromagnet serta untuk menunjukkan ciptaan kreativiti mereka.

Objektif program adalah bagi memupuk budaya penciptaan, inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar terutamanya yang berkaitan dengan fizik, meningkatkan pemahaman pelajar terhadap konsep fizik agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka, dan meningkatkan minat pelajar terhadap subjek fizik. Program ini terbuka kepada semua pelajar ASPER18 dan hanya 23 kumpulan sahaja yang terpilih untuk bertanding selepas disaring. Bilangan peserta dalam setiap kumpulan adalah tidak melebihi 6 orang. Program ini telah dijalankan di Makmal Fizik 1&2, Bangunan Asasi 4, yang bermula pada jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang.

Pertandingan telah dijurikan oleh dua(2) orang pensyarah ASPer, Dr. Mohammad Hasan Abdul Sathar dan Dr. Umair Abdul Halim, empat(4) orang pensyarah dari Fakulti Sains UPM, Prof. Madya Dr. Khairul Amin Matori, Prof. Madya Dr. Mohd Mustafa Awang Kechik, Dr. Muhammad Kashfi Shabdin, dan Dr. Josephine Ying Chyi Liew, seorang(1) pensyarah alumni ASPer, Dr. Mohd Nur Ahmad, dan seorang(1) guru dari SMK Seri Serdang, Pn. Asniza Binti Jamaluddin. Terdapat tiga pemenang utama, tempat pertama hingga tempat ketiga dan tujuh pemenang saguhati. Prof. Madya Dr. Mohamad Amran Mohd Salleh, Timbalan Pengarah 2, Pusat Asasi Sains Pertanian telah menyempurnakan penutupan program dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

 

 

Keputusan Rasmi:

  1. Traffic Light Control System (Using Infrared)
  2. Automatic Roof Rain Detector
  3. Lecky Tiles

Saguhati:

- Mesrafood Box Project

- Light Speed: Sound Waves to Electrical Energy

- Portable Microwave + Panel Solar

- Freno Brembo Hydraulic Break

- Hydro Ecofriendly Pump

- Mini Electric Hydraulic Power Crane

  • Solar Powered Fan   

    Sesi bergamber bersama pengurusan PASP, AJK program dan para pelajar

    Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak pengurusan Pusat Asasi Sains Pertanian, ahli jawatankuasa APEx2023, juri jemputan, tetamu jemputan daripada SMK Seri Serdang dan hadirin yang telah hadir menjayakan dan memeriahkan program ini.

     

    Disediakan oleh,

    Noor Wahidah Zainol Jamil

    Penasihat Program ASPer Physics Exhibition 2023

    APEx2023

     

     

Date of Input: 12/09/2023 | Updated: 12/09/2023 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbTAb~