ASPer Turut Serta Meriahkan Karnival Sukan KAKOM 2022 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » ASPer Turut Serta Meriahkan Karnival Sukan KAKOM 2022

ASPer Turut Serta Meriahkan Karnival Sukan KAKOM 2022

September 3 hingga 4 2022 bertempat di Kolej Matrikulasi Melaka telah berlangsung Karnival Sukan KAKOM 2022. Turut menerima jemputan bagi menyertai karnival ini Pusat Asasi Sains Pertanian telah menghantar satu pasukan bola sepak dengan 11 orang pemain dan 4 orang staf yang terdiri daripada ketua kontijen, pengurus, jurulatih serta urusetia.

Pasukan ASPer telah bertolak dari Kolej 13 UPM pada jam 3 petang Jumaat 2 September 2022 dan tiba di Kolej Matrikulasi Melaka pada jam 6.00petang. Ketibaan kontigen ASper telah disambut oleh urusetia KMM dan dibawa ke blok penginapan masing-masing.

Kejohanan hari pertama telah berlangsung bermula jam 9.00 pagi bagi pasukan ASPer UPM, mereka perlu beraksi dalam 4 perlawanan pusingan saringan  peringkat kumpulan bagi menjamin tempat ke peringkat seterusnya. Pertandingan pertama ASPer UPM menentang Kolej Matrikulasi Labuan, keputusan memihak kepada Kolej Matrikulasi Labuan apabila mereka menang dengan 2 jaringan manakala ASper UPM tiada jaringan.

Seterusnya ASPer UPM bertemu Kolej Matrikulasi Johor bagi perlawanan kedua. Kedua-dua pasukan telah menunjukan kehebatan masing-masing dan keputusan bagi perlawanan ini adalah seri tanpa jaringan. Terus ke pertandingan ketiga ASPer UPM menetang Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Perlawanan semakin sengit namun kedua-dua pasukan terus memberikan yang terbaik. Walaubagaimanapun keputusan tidak menyebelahi ASPer UPM. Keputusan perlawanan ketiga ASPer tewas kepada KMNS (0-2).

Sebelum melangkah untuk meneruskan pertandingan keempat, para pemain telah menerima kunjungan khas Pengarah Pusat Asasi UPM, Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd Tah. Pengarah telah menyampaikan sepatah dua kata semangat buat para pemain dan berharap agar tiada yang patah semangat serta meneruskan pertandingan dengan penuh semangat.

ASPer mengorak langkah bagi menentang pasukan Kolej Matrikulasi Kulim bagi perlawanan ke empat dan terakhir peringkat saringan. Saingan sengit telah diberikan oleh pasukan ASPer begitu juga dengan KMKUL. Namun keputusan bagi perlawanan akhir ini adalah seri tanpa jaringan. Dengan berakhirnya pertandingan ini dan dengan kedudukan mata yang diperoleh makan ASPer UPM tidak dapat meneruskan pertandingan ke peringkat seterusnya. Namun tahniah diucapkan kepada pasukan ASPer UPM kerana telah Berjaya turun padang memberikan saingan hebat kepada pasukan matrikulasi walaupun tanpa persediaan yang mencukupi.

 

Persiapan untuk bertolak ke Kolej Matrikulasi Melaka

Aksi pasukan ASPer UPM (Jersi Merah) dalam Karnival Sukan KAKOM 2022

Date of Input: 20/09/2022 | Updated: 20/09/2022 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbQAH~