ASPer Turut Serta Pertandingan Debat Inter-Asasi Universiti Awam 2023 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » ASPer turut serta Pertandingan Debat Inter-Asasi Universiti Awam 2023

ASPer turut serta Pertandingan Debat Inter-Asasi Universiti Awam 2023

Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Pertandingan Debat Inter-Asasi Universiti Awam 2023 pada 10-12 dan 18-19 Februari 2023 yang lalu. Buat julung-julung kalinya, pertandingan ini telah berlangsung secara hibrid dimana pusingan awal serta pusingan suku akhir dijalankan secara dalam talian manakala pusingan separuh akhir dan pusingan akhir dijalankan secara fizikal di UPNM. Terdapat dua kategori yang telah dipertandingkan  iaitu kategori Bahasa Melayu dan kategori Bahasa Inggeris. 

 

Pusat Asasi Sains Pertanian (ASPer) telah diwakili oleh dua pasukan debat bagi setiap kategori. Dua pasukan debat ASPer bagi kategori Bahasa Melayu telah dianggotai oleh Nurul Balqis Aina binti A Sham, Nur Aqilah binti Mohd. Arif, Siti Nuraqilah binti Azmi dan Ainul Mardhiah binti Anizar bagi pasukan UPM A. Pasukan UPM B dianggotai oleh Najwa Shuhada bt Sobee, Alya Afiqah binti Mahadi, Muhammad Syah Akmal bin Khairanuar dan Rasyidah Liana binti Abd Halim. Pasukan debat Bahasa Inggeris pula dianggotai oleh Kausalyaa A/P Subramaniam, Sheena A/P Rajendaran, Shamalan A/L Vicneswaran dan Nur Syazana Syazwani Binti Abdul Aziz bagi pasukan UPM A. Pasukan UPM B pula dianggotai oleh Yaashinii Naaidu A/P Sri Sivabalasundram, Divya A/P Kathiravan, Muhammad Bin Mahyuddin dan Sarah Hassan Binti Mohammad Muzaffar Hassan.

Pasukan debat Bahasa Melayu, UPM B.

Setiap pasukan perlu melengkapkan empat pusingan awal sebelum lapan pasukan terbaik bagi setiap kategori layak untuk mara ke pusingan suku akhir. Satu daripada dua pasukan debat Bahasa Inggeris, pasukan UPM B telah berjaya mara ke pusingan suku akhir setelah menumpaskan pasukan debat UUM A dan UIAM A. Walau bagaimanapun, pasukan UPM B tewas kepada pasukan UMT setelah usul This House Believes That environmental movements should prioritise local climate efforts as opposed to global efforts” diterima ketika pusingan suku akhir. Pasukan UPM A telah berjaya menumpaskan pasukan UIAM B dan UIAM A pada pusingan awal namun tewas kepada pasukan UKM A dan UUM A seterusnya gagal mara ke pusingan suku akhir. Pasukan UPM A telah mendapat tempat ke-15 daripada 22 pasukan yang bertanding di pusingan saringan.

Pasukan debat Bahasa Inggeris, UPM A.

 

Pasukan debat Bahasa Inggeris, UPM B.

Bagi kategori debat Bahasa Melayu pula, pasukan UPM A mendapat tempat ke-13 dan pasukan UPM B tempat ke-16 di pusingan saringan keseluruhan. Pasukan UPM A menang 2 perlawanan dan pasukan UPM B hanya menang satu perlawanan di peringkat saringan. Margin pada setiap pentas perdebatan adalah tipis di dalam julat 1 hingga 2, menandakan bahawa kedua-dua pasukan memberikan hujah, persembahan yang baik dan saingan yang sengit di setiap sidang perdebatan. Alya Afiqah binti Mahadi dari pasukan UPM B terpilih menjadi pendebat terbaik di peringkat saringan pertama.

Pendebat pasukan UPM A, Ainul Mardhiah binti Anizar sedang menyampaikan hujah perdebatan secara dalam talian.

 

Tahniah diucapkan kepada semua pendebat ASPer yang telah berjaya memberikan saingan yang sengit sepanjang pertandingan berlangsung. Semoga semua peserta dapat memanfaatkan pengalaman yang diterima dan terus menjadi pendebat yang berkualiti dan berdaya saing pada masa akan datang.

 

 

 

Disediakan oleh:

Cik Ermelia Rohayu binti Ramlan

Cik Aina Suhaiza binti Mohamad Nazir

Date of Input: 14/09/2023 | Updated: 14/09/2023 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbOAw~