ASPutra Ceria Siri 1 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » ASPutra Ceria Siri 1

ASPutra Ceria Siri 1

12 Januari 2024 telah berlangsungnya Program ASPutra Ceria Siri 1 yang bertempat di Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia. Program ini diadakan bagi persediaan kemasukkan pelajar semester 2 2023/2024. Program ini melibatkan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar ASPutra, bilik kuliah dan makmal termasuk memastikan semua peralatan dan fasiliti berada dalam keadaan baik.

 


 

Seramai 25 orang staf ASPutra telah turut serta bergotong royong bagi memastikan persekitaran yang kondusif kepada para pelajar. Program ini juga adalah sebahagian daripada pengisian aktiviti EKSA di ASPutra. Disamping itu juga program ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara staf.

 

Bak kata pepatah Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kerja yang berat boleh menjadi mudah jika dilakukan bersama-sama.

Disediakan oleh ; 
Nazariah Abdullah 

Setiusaha EKSA ASPutra

Date of Input: 22/01/2024 | Updated: 22/01/2024 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbTA7~