ASPutra Physics Exhibition 2025 (APEx2025) | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » ASPutra Physics Exhibition 2025 (APEx2025)

ASPutra Physics Exhibition 2025 (APEx2025)

Serdang, 7 Mei 2025 – Unit Fizik, Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) telah menganjurkan ASPutra Physics Exhibition 2025 (APEx2025) bertempat di Makmal Fizik 1 dan 2, Asasi 4, ASPutra. Program ini berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang dan telah disertai oleh pelajar-pelajar ASPer 20.

APEx2025 diadakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar terhadap konsep-konsep fizik serta menggalakkan aplikasi konsep tersebut dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini turut menyemai minat yang lebih mendalam terhadap subjek Fizik melalui pendekatan interaktif dan praktikal.

Sebanyak 30 kumpulan yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang pelajar setiap satu telah mengambil bahagian dalam pameran ini. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah pembentangan poster dan model atau prototaip, disusuli dengan sesi soal jawab yang melibatkan penilaian daripada 12 orang juri jemputan.

Para juri terdiri daripada pensyarah dan pakar dalam bidang sains dan pendidikan yang menilai kreativiti, kefahaman konsep, serta keupayaan pelajar untuk mengaitkan prinsip fizik dengan situasi sebenar. Pameran ini bukan sahaja menguji pemahaman pelajar, malah memberi peluang kepada mereka untuk mengasah kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan.

Melalui APEx2025, ASPutra terus komited dalam usaha memperkasa pendidikan sains asas dan melahirkan pelajar yang berdaya saing serta berfikiran kritis dalam meneroka dunia sains. Jutaan tahniah diucapkan buat semua pemenang APEx2025. Senarai di bawah merupakan keputusan rasmi bagi APEx2025.

Keputusan Rasmi:

Tempat Pertama: Energy-Saving Smart Fan (K1)

Nama Mentor: Cik Aina Suhaiza Mohamad Nazir

 

Tempat Kedua: Glo Gravity (K15)

Nama Mentor: Gs. Dr. Ya’akob Mansor

 

Tempat Ketiga: Harnessing Kinetic Energy from Cycling to Power Mobile Device (K9)

Nama Mentor: Cik Aina Suhaiza Mohamad Nazir

 

Poster Terbaik: Harnessing Kinetic Energy from Cycling to Power Mobile Device (K9)

Nama Mentor: Cik Aina Suhaiza Mohamad Nazir

 Pemenang tempat pertama

 

Pemenang tempat kedua

 

Pemenang tempat ketiga dan poster terbaik

 

 Sesi bergambar bersama pengurusan ASPutra, AJK APEx2025 dan para pelajar

 

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak pengurusan Pusat Asasi Sains UPM, ahli jawatankuasa APEx2025, juri jemputan, dan hadirin yang telah hadir menjayakan dan memeriahkan program ini.

 

Disediakan oleh,

Nur Ain Asyiqin Anas

Setiausaha Program ASPutra Physics Exhibition 2025 (APEx2025)

Date of Input: 27/05/2025 | Updated: 27/05/2025 | emma

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
F, (01:34:23am-01:39:23am, 11 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]