Bengkel Pemantapan Dan Peningkatan Kualiti Penilaian Siri 1 Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Bengkel Pemantapan dan Peningkatan Kualiti Penilaian Siri 1 Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM

Bengkel Pemantapan dan Peningkatan Kualiti Penilaian Siri 1 Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM

Bengkel Pemantapan dan Peningkatan Kualiti Penilaian Siri 1 telah dijalankan pada 19 Disember 2022 (jam 9.00 hingga 1.30 tengahari) di Bilik Mesyuarat 1, Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Bidang Kimia yang diterajui oleh Ketua Bidang Kimia ASPer, Dr. Shah Christirani Azhar. Penceramah jemputan bagi sesi ini ialah Prof. Madya Dr. Abdul Halim Bin Abdullah daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains, UPM yang berpengalaman luas dalam penilaian di peringkat matrikulasi dan STPM. Seramai 11 orang pengajar di ASPer terlibat sebagai peserta dalam bengkel ini yang terdiri daripada pengajar dari Bidang Kimia, Fizik, Biologi dan Pertanian. Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah untuk memantapkan ilmu penyediaan soalan peperiksaan di peringkat pra-universiti. Selian
itu, sesi soal jawab juga dijalankan antara penceramah jemputan dan peserta bagi memantapkan lagi kefahaman tentang cara-cara penyediaan soalan peperiksaan yang berkualiti. Program ini tamat pada jam 1.30 tengahari dan kesemua peserta berpuas hati dengan ilmu yang disampaikan sepanjang bengkel ini. Semoga ilmu yang diperolehi pada bengkel ini dapat meningkatkan mutu penilaian akademik di ASPer.

 

Para peserta dalam Bengkel Pemantapan dan Peningkatan Kualiti Penilaian Siri 1

 

Para peserta dalam Bengkel Pemantapan dan Peningkatan Kualiti Penilaian Siri 1

 

Para peserta dalam Bengkel Pemantapan dan Peningkatan Kualiti Penilaian Siri 1

 

Para peserta dalam Bengkel Pemantapan dan Peningkatan Kualiti Penilaian Siri 1

 

Prof. Madya Dr. Abdul Halim Abdullah sedang menyampaikan pengisian dalam Bengkel Pemantapan dan Peningkatan Kualiti Penilaian Siri 1

 

Sesi bergambar di akhir sesi Bengkel Pemantapan dan Peningkatan Kualiti Penilaian Siri 1

 

Penyampaian cenderamata oleh Timbalan Pengarah I (Akademik) ASPer, Prof. Madya Dr. Siti Nurul Ain Md. Jamil kepada penceramah jemputan, Prof. Madya Dr. Abdul Halim Bin Abdullah dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains, UPM.

 

Disediakan oleh: Prof. Madya Dr. Siti Nurul Ain Md. Jamil

Date of Input: 29/12/2022 | Updated: 29/12/2022 | emma

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbOAc~