Bengkel Pemantapan PdP Pensyarah Dan Guru ASPer | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Bengkel Pemantapan PdP Pensyarah dan Guru ASPer

Bengkel Pemantapan PdP Pensyarah dan Guru ASPer

Pada 18 Julai 2023, Selasa, satu Bengkel Pemantapan PdP Pensyarah dan Guru Asper telah dijalankan bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Bengkel ini disertai oleh semua tenaga pengajar Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM, termasuk pengajar Bahasa Inggeris dari CALC, yang mana berjumlah 56 orang kesemuanya dan ditempatkan di Bilik Seminar, PASP. Bengkel ini dianjurkan oleh Pusat Asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia dibawah kelolaan Pengarah Program Cik Noor Wahidah binti Zainol Jamil dan Timbalan Pengarah Puan Nur Ain Asyiqin binti Anas, dengan Prof. Madya ChM. Dr. Siti Nurul Ain Md. Jamil sebagai penasihat program.

            Bengkel Pemantapan PdP Pensyarah dan Guru Asper menyediakan platform untuk meningkatkan kompetensi dan profesionalisme pengajar ASPer, UPM dalam urusan PdP sewaktu kuliah. Antara objektif yang diterapkan dalam bengkel ini adalah dapat membantu pengajar ASPer menghasilkan persediaan dokumentasi pengajaran dan merancang pengajaran yang berkesan, meningkatkan kemahiran pengajar ASPer dalam menggunakan teknik yang betul dalam PdP bagi pelajar peringkat asasi, mengembangkan kemahiran pengajar ASPer dalam melaksanakan PdP interaktif dalam kuliah dan meningkatkan kecekapan PdP melalui hubungan yang kukuh antara pengajar ASPer.

            Bengkel dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Putra Gemilang, seterusnya dengan bacaan doa oleh Encik Amiruddin. Prof. Madya Dr. Marina selaku Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian, memberikan kata-kata aluan sebagai pembuka bengkel ini. Majlis diserahkan kepada moderator slot pagi, Puan Nur Ain Asyiqin, yang seterusnye memperkenalkan dan menjemput penceramah bengkel iaitu Prof. Dr. Zanariah binti Abdul Majid.

Ybhg, Prof. Dr. Zanariah yang merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Matematik, Fakulti Sains telah dijemput sebagai penceramah bagi bengkel ini. Prof. Dr. Zanariah mempunyai pengalaman mengajar selama 32 tahun menjadikan beliau penceramah yang kompeten untuk bengkel ini.

Antara topik yang disentuh dan diterangkan oleh Prof. Dr. Zanariah adalah tentang perancangan pengajaran, tips untuk menulis rancangan pengajaran harian beserta contoh yang beliau gunakan dalam kuliah dan perlaksanaan pengajaran. Info dan isi penyampaian beliau telah memberi inspirasi kepada pengajar-pengajar untuk persedian pengajaran semester yang akan datang.

Sesi soal jawab diteruskan dengan pertanyaan daripada peserta. Majlis tamat pada jam 12.30 tengahari dan diakhiri dengan sesi bergambar peserta bengkel bersama penceramah jemputan.Peserta bengkel memberikan maklum balas yang positif seperti menyatakan bengkel ini memberikan perkongsian dan pengisian yang baik, penceramah yang bagus dan bengkel ini boleh diteruskan pada masa akan datang.

Antara peserta yang hadir.

Nyanyian lagu negaraku.

Bacaan doa oleh Encik Amiruddin sebagai pembuka majlis.

Ucapan alu-aluan oleh Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian.

Mukkadimah dari moderator Program.

Penceramah memulakan bengkel dengan penuh semangat.

Sesi soal jawab Bersama penceramah.

Sesi soal jawab yang mendapat sambutan dari peserta.

Sedikit cenderamata dari pihak penganjur kepada Prof. Dr. Zanariah binti Abdul Majid.

Sesi bergambar kenang-kenangan bersama penceramah dan peserta bengkel.

Gambar Kenangan Pengurusan PASP, AJK tertinggi dengan Penceramah Prof. Dr. Zanariah binti Abdul Majid.

 

Disediakan oleh : Puan Nor Syazana Binti Shamsuddin

Date of Input: 30/08/2023 | Updated: 30/08/2023 | emma

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbNAW~