Bengkel Pemantapan Pengurusan Pelajar Bermasalah Bukan Akademik. | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Bengkel Pemantapan Pengurusan Pelajar Bermasalah Bukan Akademik.

Bengkel Pemantapan Pengurusan Pelajar Bermasalah Bukan Akademik.

Satu Bengkel Pemantapan Pengurusan Pelajar Bermasalah Bukan Akademik telah diadakan pada 18 Julai 2023 bermula jam 2 petang sehingga jam 5 petang, bertempat di Bilik Seminar, Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM. Bengkel ini berfokus kepada 56 orang pengajar di Pusat Asasi Sains Pertanian, termasuk 6 orang pengajar dari CALC yang akan mengajar subjek bahasa inggeris di Pusat Asasi Sains Pertanian pada semester hadapan.

Bengkel ini telah dianjurkan oleh Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM dan diusahakan oleh Pengarah Program, Puan Nor Syazana binti Shamsuddin dan Timbalan Pengarah Program, Puan Nurul Amira binti Aslan, dengan tunjuk ajar dan nasihat Timbalan Pengarah 1 Pusat Asasi, Prof. Madya ChM. Dr. Siti Nurul Ain Md. Jamil. Penceramah bagi bengkel ini adalah jemputan khas dari Bahagian Kaunseling iaitu Encik Muhammad Za’im bin Rosli. Encik Muhammad Za’im merupakan seorang Pegawai Psikologi di Bahagian Kaunseling, Universiti Putra Malaysia. Beliau merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian dan lepasan Sarjana Pendidikan: Bimbingan dan Kaunseling, menjadikan beliau calon penceramah yang sesuai untuk bengkel ini.

Bengkel ini bertujuan untuk membantu pengajar dalam mengatasi pelajar yang mempunyai masalah bukan akademik seperti masalah disiplin, masalah sosial dan masalah emosi. Bengkel ini diadakan sebagai langkah untuk memberi bantuan dan sokongan kepada pengajar dalam memperbaiki keadaan pelajar-pelajar ini dan memberi impak positif terhadap pencapaian akademik dan sosial pelajar. Selain itu, bengkel ini juga akan memberi ruang kepada pengajar untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan pelajar yang bermasalah bukan akademik.

Bengkel dimulakan dengan kata-kata aluan pengerusi majlis dan kemudiannya sedikit pengenalan penceramah dari moderator bengkel. Bengkel diteruskan oleh Encik Muhammad Za’im sesi penyampaian slot beliau. Antara intipati penyampaian dari Encim Muhammad Zaim adalah memperkenalkan masalah akademik yang utama, tanda-tanda masalah mental, cara-cara mengurus dan mendekati pelajar bermasalah bukan akademik serta cara merujuk kaunselor bagi pelajar dan pengajar sekiranya perlu. Sesi soal jawab dari para hadirin kepada Encik Muhammad Zaim mengisi slot seterusnya.

Bengkel diakhiri dengan ucapan penghargaan dari Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM, Prof. Madya Dr. Marina Mohd Top @ Mohd Tah dan sedikit sumbangan cenderahati kepada penceramah bengkel Encik Muhammad Zaim. Bengkel berakhir pada jam 5 petang serta minum petang. Peserta bengkel memberikan maklum balas yang positif seperti menyatakan bengkel ini memberikan perkongsian dan pengisian yang baik, penceramah yang bagus dan bengkel ini boleh diteruskan pada masa akan datang.

Moderator Nurul Amira memperkenalkan penceramah bengkel, Encik Muhammad Za’im bin Rosli.

Antara peserta yang bersemangat menghadiri Bengkel Pemantapan Pengurusan Pelajar Bermasalah Bukan Akademik.

Sesi soal jawab berlangsung sepanjang program.

Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian memberikan ucapan penghargaan kepada Penceramah.

Gambar Kenangan Pengurusan PASP, AJK tertinggi dengan Penceramah Encik Muhammad Za’im.

Encik Muhammad Za’im memulakan bengkel dengan bersemangat.

Sedikit kenang-kenangan dari Pusat Asasi Sains Pertanian kepada Encik Muhammad Za’im bin Rosli.

Gambar kenangan peserta bengkel bersama Encik Muhammad Za’im bin Rosli.

 

Disediakan oleh : Puan Nor Syazana binti Shamsuddin

Date of Input: 30/08/2023 | Updated: 30/08/2023 | emma

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbOA0~