BENGKEL PROGRAM ARTHROPODOLOGY: FROM FIELD TO FRAME ANJURAN UNIT BIOLOGI | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » BENGKEL PROGRAM ARTHROPODOLOGY: FROM FIELD TO FRAME ANJURAN UNIT BIOLOGI

BENGKEL PROGRAM ARTHROPODOLOGY: FROM FIELD TO FRAME ANJURAN UNIT BIOLOGI

Pada 9 Julai 2024, Program Arthropodology: From Field to Frame telah berlangsung di Makmal Biologi 1, Pusat Asasi Sains, Universiti Putra Malaysia. Program ini disertai oleh 24 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah, guru, penolong pegawai sains, dan staf sokongan. Program ini juga menampilkan seorang penceramah utama iaitu Dr. Mohamad Faizul bin Mat Isa, seorang pensyarah kanan di Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian yang berkemahiran dalam bidang bioteknologi akuatik dan pembiakbakaan ikan.

Justifikasi utama program ini adalah untuk memperkasa kaedah penyediaan bahan amali bagi subjek Biologi, khususnya dalam topik Domain Eukarya II: Alam Haiwan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada sampel daripada pihak luar dan mengurangkan kos pembelian sampel.

Pengisian program merangkumi ceramah pengenalan fisiologi dan tabiat belangkas serta ceramah pengewatan kering artropod. Selain itu, para peserta turut melibatkan diri dalam tiga sesi amali iaitu Sample Setting, Drying Process, dan Preservation. Sampel yang digunakan dalam sesi amali ini termasuk belangkas, ketam nipah, ketam bunga, dan ketam bintik.

Keseluruhan program berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Para peserta mendapat pengetahuan dan kemahiran baru dalam kaedah pengawetan artropod, yang diharap dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan penyediaan bahan amali di tempat kerja masing-masing.

 

Date of Input: 14/08/2024 | Updated: 14/08/2024 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
S.2025/3/17:5:35:26~noCache