Bengkel Teknik Menjawab MUET 2024 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Bengkel Teknik Menjawab MUET 2024

Bengkel Teknik Menjawab MUET 2024

LAPORAN PELAKSANAAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MUET 2024

Bengkel Teknik Menjawab MUET 2024 telah dilaksanakan pada 23 November 2024 jam 8.30 pagi hingga 4.30petang, bertempat di Dewan Putra 1 Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG).

Bengkel ini terbuka penyertaanya kepada semua pelajar ASPer dan sekitar yang berminat untuk mendapatkan pendedahan tentang aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh calon MUET agar mendapat skor yang tinggi bagi setiap komponen MUET. Para peserta telah didedahkan dengan teknik-teknik penting dalam menjawab bagi semua komponen MUET iaitu terdiri daripada ujian lisan dan bertulis telah diterangkan secara terperinci oleh pencaramah.

Pada tahun ini pihak penganjur (ASPutra) telah menjemput En. Choo Wan Yat sebagai penceramah. Beliau merupakan seorang penulis buku MUET dan juga pemeriksa MUET yang dikenali ramai dan berpengalaman luas dalam bidang berkenaan.

Seramai 270 orang pelajar ASPer dan 3 orang calon luar iaitu dari SMK Seri Serdang telah turut serta dalam bengkel kali ini. Semua penyertaan kali ini dikenakan caj sebanyak RM5.00 (pelajar ASPer) dan RM20.00 (pelajar luar). Kos ini adalah bagi menampung kos makan dan minum serta nota sepanjang bengkel tersebut.

Date of Input: 28/11/2024 | Updated: 28/11/2024 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
S.2025/3/17:5:03:14~noCache