Serdang 30 Oktober 2025, bertempat di Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) telah berlangsung aktiviti free meal selama 5 hari mulai 24 hingga 30 Oktober 2025.
Aktiviti dilaksanakan dengan tujuan memberi makanan yang sihat, sedap dan mengenyangkan untuk pelajar ASPer yang kekal di ASPutra sepanjang hari agar mereka dapat lebih fokus dan selesa untuk menjawab ujian 2/penilaian 2 yang berlangsung pada sebelah malam.
Antara menu yang disediakan adalah nasi putih , ayam paprika, ayam kunyit , kari ayam, sayur, nasi lemak dan bubur ayam. Selain itu air balang seperti milo tabur serta cordial juga turut disediakan setiap hari. Lebih 200 orang pelajar mendapat manfaat daripada free meal kali ini dan yang paling Istimewa makanan ini disediakan oleh staf secara gotong-royong.
Semoga free meal ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang. Selain itu, pihak penganjur juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para staf yang sentiasa menghulurkan sumbangan untuk aktiviti free meal begitu juga dengan individu turut menyumbang secara inkind untuk pelajar ASPer UPM.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Date of Input: 05/11/2025 | Updated: 05/11/2025 | hasniah

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor