JERAYAWARA PEJABAT PENDAFTAR KE ASPER | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » JERAYAWARA PEJABAT PENDAFTAR KE ASPER

JERAYAWARA PEJABAT PENDAFTAR KE ASPER

 

Pusat Asasi Sains Pertanian berbesar hati menerima kunjungan delegasi staf Pejabat Pendaftar UPM yang diketuai oleh En. Muhazam Mansor, Pendaftar Universiti Putra Malaysia menerusi Program Jerayawara Pendaftar di Pusat Asasi Sains Pertanian bersama semua staf ASPer. Program berkenaan telah diadakan pada 5 September 2022 bertempat di Bilik Seminar, Asasi 1.

Program ini memberi ruang dan peluang kepada staf Pusat Asasi Sains Pertanian tidak kira dari kelompok Pegawai Akademik mahupun Pegawai Bukan Akademik bertanya terus kepada staf Pejabat Pendaftar berkaitan skop di bawah Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia.

Antara soalan yang diutarakan oleh staf ASPer adalah berkaitan proses permohonan kenaikan pangkat melibatkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atas keperluan pemahaman yang lebih baik dan sekaligus untuk mereka mempersiapkan diri sepenuhnya kearah peningkatan kecemerlangan kerjaya staf. Selain itu, pihak Pendaftar turut menerima input berkaitan keperluan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang memerlukan latihan-latihan ke arah skop akademik selain latihan yang memberi input berkaitan polisi-polisi atau perkara-perkara perkhidmatan yang berkait dengan skop tugas mereka. Ini berikutan kelompok Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di ASPer masih baharu di UPM dan latihan-latihan ini sedikit sebanyak dapat memberi nilai tambah kepada mereka.

Tn. Hj. Mat Razi Abdullah, Timbalan Pendaftar Pusat Asasi Sains Pertanian telah membuat pembentangan berkaitan isu-isu sumber manusia dan sekaligus Jerayawara bersama Pejabat Pendaftar ini menjadi medium untuk perkongsian dan mendapat maklum balas yang sebaiknya.

 

Gambar 1: En. Muhazam Mansor, Pendaftar UPM memberikan perkongsian dan amanat berkaitan skop sumber manusia

Gambar 2: Staf Pusat Asasi Sains Pertanian bergambar kenangan bersama delegasi kunjungan Pejabat Pendaftar UPM

Hadir sama ke program berkenaan ialah Prof. Madya Dr. Marina binti Mohd. Top @ Mohd. Tah, Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian dan Prof. Madya Dr. Mohammad Amran bin Mohd. Salleh, Timbalan Pengarah II (Hal Ehwal Pelajar & JINM), Pusat Asasi Sains Pertanian.


Manakala dari Pejabat Pendaftar pula turut disertai oleh En. Azizi bin Ismail, Ketua Bahagian  Pembangunan Sumber Manusia, Cik Noremy binti Busu, Ketua Seksyen Pembangunan Organisasi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan En. Fairulnizam bin Ismail, Ketua Seksyen Pentadbiran & Kewangan Pejabat Pendaftar.

 

Oleh:

Che Zailawati binti Abdul Ghani

Pusat Asasi Sains Pertanian

 

Date of Input: 20/09/2022 | Updated: 20/09/2022 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbNAD~