Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) dengan kerjasama Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia telah menjalankan program Jerayawara Pelajar ASPer20 ke Fakulti Pertanian pada 17 Januari 2025. Melalui program ini, pelajar telah didedahkan gambaran jelas mengenai laluan akademik yang bersesuaian dengan impian dan cita-cita mereka selain meningkatkan semangat dan motivasi pelajar melalui sesi taklimat yang telah diberikan. Program jerayawara ini merupakan satu langkah proaktif dalam memperkasakan pengetahuan dan pendedahan pelajar mengenai program yang ditawarkan oleh Fakulti Pertanian meskipun sudah ada program tahunan yang dilaksanakan oleh ASPutra seperti Asper Head Start dan My Future Journey.
Antara objektif Program Jerawayara ASPer20 ke Fakulti Pertanian ini adalah:
Seramai 40 orang pelajar ASPer20 telah berjaya menyertai program ini yang bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Taklimat pembukaan telah
disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Juwaidah Sharifuddin, Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di Dewan Pertanian. Seterusnya, taklimat mengenai 6 program bacelor telah disampaikan oleh wakil jabatan fakulti seperti berikut:
Gambar 1. Taklimat pembukaan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Juwaidah Sharifuddin, Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Gambar 2. Sesi soal jawab daripada pelajar ASPer20 mengenai program bacelor di Fakulti Pertanian
Gambar 3. Pelajar ASPer20 memberi perhatian penuh sewaktu sesi taklimat dan perkongsian berlangsung
Hasil dapatan daripada jerayawara ini, seramai 15 orang pelajar berminat menceburi Bacelor Sains Pertanian, 8 orang pelajar ingin menceburi Bacelor Sains Haiwan, 7 orang pelajar bagi Bacelor Sains Hortikultur, 6 orang pelajar bagi Bacelor Sains Perniagaantani dan 3 orang pelajar berminat melanjutkan ijazah sarjana muda dalam Bacelor Sains Pengurusan Perladangan dan Bacelor Teknologi Pertanian Pintar masing-masing. Program ini berjaya meningkatkan kefahaman dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk membuat keputusan yang lebih yakin terhadap laluan akademik mereka.
Gambar 4. Sesi bergambar sejurus tamat taklimat jerayawara ASper20 ke Fakulti Pertanian UPM
Date of Input: 27/02/2025 | Updated: 27/02/2025 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550