9 Oktober 2024, Rabu bertempat di SM Yu Yuan Sandakan, telah berlangsung Karnival Kerjaya peringkat daerah Sandakan yang dianjurkan oleh Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam Sandakan dengan kerjasama PPD Sandakan dan SMK Sandakan. ASPutra telah dijemput untuk turut serta dalam karnival ini bagi mempromosi Pusat Asasi Sains dan program-program pengajian peringkat ijazah, sarjana dan doktor falsafah yang ditawarkan oleh UPM, memberi pendedahan dalam bidang Sains supaya dapat menarik minat lebih ramai pelajar mengambil Sains serta memberi motivasi untuk berjaya dalam pengajian masing-masing.
Seramai dua orang kakitangan ASPutra yang terdiri daripada seorang pensyarah, Dr. Emma Ziezie Mohd Tarmizi serta seorang guru, Puan Nur Ain Asyiqin Binti Anas telah terlibat dalam program ini. Booth ASPutra telah berjaya mencapai objektif utama untuk memberi pendedahan tentang UPM berserta program-program yang ditawarkan di semua peringkat terutama program yang ditawarkan oleh ASPutra kepada pelajar lepasan SPM tahun semasa.
Karnival tersebut telah dihadiri melebihi 1000 orang pelajar dari sekolah-sekolah yang berada di sekitar Sandakan, ibu bapa, guru serta pengetua sekolah masing-masing. Booth ASPutra telah menerima kunjungan daripada begitu ramai pelajar, guru serta ibu bapa yang berminat dengan program yang ditawarkan di UPM di semua peringkat pengajian. Mereka telah diberikan penerangan yang secukupnya berserta brosur berkaitan sebagai rujukan serta cederamata atas kunjungan serta penglibatan dalam aktiviti Sains yang disediakan di booth ASPutra. Juga turut mengunjungi booth ASPutra adalah ADUN Tanjong Papati iaitu YB Datuk Poon Ming Fung @ Frankie yang menyambut baik penyertaan wakil universiti dari Semenanjung Malaysia untuk turut serta memberi pendedahan peluang pengajian kepada para hadirin dari sekitar Sandakan.
Gambar-gambar sekitar Karnival Informasi Kerjata Peringkat Daerah Sandakan 2024
Disediakan oleh : Dr. Emma Ziezie Mohd Tarmizi
Date of Input: 01/11/2024 | Updated: 01/11/2024 | emma
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550