Kempen Derma Darah ASPutra 2025 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Kempen Derma Darah ASPutra 2025

Kempen Derma Darah ASPutra 2025

10 April 2025, Bertempat di Dewan Bahagian OSH UPM, telah berlangsung Program Derma Darah ASPutra 4.0. Sambutan mengalakan daripada pelajar , staf dan penduduk sekitar iaitu dengan kehadiran seramai lebih 200 orang pengunjung ke lokasi tersebut.

Kempen derma darah yang merupakan acara tahunan ASPutra ini telah dikelola oleh beberapa orang ahli Jawatankuasa yang diketuai oleh Pn. Rohani Ahmad Rafii dengan objektif untuk membantu golongan yang amat memerlukan bekalan darah daripada Pusat Darah Negara.

Dengen Tema 'Setitik Darah Sejuta Senyuman' kempen ini hampir mencapai sasaran iaitu untuk mendapatkan 150 orang penderma apabila seramai 114 orang telah mendaftar untuk menderma darah dan daripada jumlah tersebut seramai 95 orang telah berjaya menyumbang darah bagi kempen kali ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pusat Darah Negara di atas kerjasama sepanjang Program Derma Darah 4.0 ini. Semoga kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang.

May be an image of 1 person and studying         

May be an image of 3 people, dais and text

 

       

 

Date of Input: 13/04/2025 | Updated: 13/04/2025 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
S, (11:37:39pm-11:42:39pm, 14 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]