KERJASAMA MARA DAN ASASI UPM DALAM PROGRAM YOUNG TALENT DEVELOPMENT (YTP) | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » KERJASAMA MARA DAN ASASI UPM DALAM PROGRAM YOUNG TALENT DEVELOPMENT (YTP)

KERJASAMA MARA DAN ASASI UPM DALAM PROGRAM YOUNG TALENT DEVELOPMENT (YTP)

Young Talent Development Programme (YTP) merupakan satu program penajaan pinjaman pelajaran di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada kelompok pelajar cemerlang lepasan SPM bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan sehingga ke peringkat ijazah pertama di institusi Pendidikan tinggi terpilih sama ada dalam atau luar negara. Seramai 38 orang pelajar lepasan SPM 2021 telah terpilih melanjutnya pengajian ke Asasi Sains Pertanian di bawah program YTP. Kelompok pelajar ini yang akan menyambung pengajian dalam bidang Doktor Perubatan atau Doktor Perubatan Veterinar di peringkat ijazah kelak merupakan perintis kepada jalinan kerjasama di antara MARA dan UPM

Ambilan pertama ini telah mendaftar pada 30 & 31 Julai 2022 dan menjalani program Minggu Putra Perkasa bersama-sama dengan pelajar Asasi Sains Pertanian laluan arus perdana. Bagi memastikan tiada keciciran informasi serta kelompok pelajar ini jelas dengan semua perkara berkaitan YTP, satu sesi taklimat khas telah diadakan pada 1 Ogos 2022. Sesi taklimat khas untuk pelajar Asasi Sains Pertanian (laluan YTP) telah disampaikan oleh En. Hasnim bin Hashim, Timbalan Pengarah, Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA bertempat di BK PASP 1, Pusat Asasi Sains Pertanian.

Slot taklimat khas khusus untuk pelajar Asasi Sains Pertanian 2022/2023 menerusi saluran YTP ini merupakan sisipan pengisian program ASPer Head Start 2022 dan menjadi medan pertemuan secara bersemuka melibatkan pelajar dan juga penaja iaitu dari pihak MARA.

Gambar 1: Sesi penerangan mengenai YTP yang disampaikan oleh En. Hasnim bin Hashim, Timbalan Pengarah, Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA

 

Menerusi sesi taklimat, pelajar telah diberi penerangan mengenai latar belakang serta tujuan program YTP, penerangan mengenai biasiswa yang ditawarkan dan juga berkaitan dokumen perjanjian yang perlu dilengkapkan oleh pelajar. Secara amnya, menerusi Program Young Talent Development, pelajar akan menerima pinjaman pelajaran bermula dari peringkat persediaan sehingga ke peringkat ijazah merangkumi yuran pengajian, elaun sara hidup serta elaun pengangkutan. Bagi elaun pengangkutan ini hanya layak dibayar kepada pelajar yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung.

Diharap semua pelajar kemasukan ke Asasi Sains Pertanian sesi 2022/2023 menerusi program YTP ini terus melakar kecemerlangan di Pusat Asasi Sains Pertanian sehingga ke program ijazah yang akan diikuti kelak.

  

Gambar 2: Pelajar Asasi Sains Pertanian sesi 2022/2023 (kemasukan menerusi YTP) mengambil peluang untuk memperkenalkan diri terutama kepada wakil MARA yang hadir. 

 

Selain kemasukan menerusi saluran arus perdana iaitu menerusi permohonan UPU Online, kini pelajar cemerlang lepasan SPM boleh memilih kemasukan menerusi program Young Talent Development bagi menyambung pengajian ke program Asasi Sains Pertanian dan seterusnya melanjutkan pengajian ijazah dalam bidang Doktor Perubatan atau Doktor Perubatan Veterinar di Universiti Putra Malaysia. Bagi calon yang berminat boleh melayari laman sesawang https://www.mara.gov.my/en/young-talent-development-programme-ytp/ untuk mengetahui lebih lanjut.

 

Oleh:

Che Zailawati binti Abdul Ghani                                        

Date of Input: 17/08/2022 | Updated: 17/08/2022 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbQAK~