LAWATAN PENANDA ARAS EKSA ASPUTRA KE PSAS | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » LAWATAN PENANDA ARAS EKSA ASPUTRA KE PSAS

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA ASPUTRA KE PSAS

17 Julai 2024,Serdang - Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (JK EKSA) Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) telah mengadakan lawatan penanda aras EKSA ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) UPM sekitar jam 10:00 pagi. Lawatan ini diketuai oleh Tuan Haji Mat Razi Abdullah selaku Pengerusi EKSA ASPutra bersama-sama dengan sebelas (11) ahli JK EKSA ASPutra bertujuan menambahkan ilmu berkaitan amalan terbaik EKSA di PSAS serta perkongsian pengalaman dan bertukar pendapat mengenai pelaksanaan EKSA di PTJ masing-masing. Lawatan EKSA ini turut disertai oleh JK EKSA dari Bahagian Kaunseling UPM (BKU) .

 

Lawatan EKSA ASPutra telah disambut mesra oleh Penyelaras EKSA PSAS iaitu Puan Nurul Ainie Mokhtar bersama-sama dengan JK EKSA PSAS yang lain. Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai pelaksanaan EKSA di PSAS diikuti dengan pemberian sijil penghargaan dari ASPutra kepada PSAS sebelum rombongan dibawa melawat ke Zon EKSA dan ruang lain yang berkaitan. 

Sesi lawatan selama 2 jam ini sangat memberi impak yang positif buat peserta hasil dari perkongsian maklumat dan pandangan serta idea kreatif yang boleh diaplikasi mengikut kesesuaian di PTJ masing-masing kelak. JK EKSA ASPutra merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas layanan baik pihak JK EKSA PSAS semasa sesi lawatan ini.

 

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Latihan EKSA ASPutra

Date of Input: 30/07/2024 | Updated: 30/07/2024 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
S.2025/3/17:5:10:02~noCache