LAWATAN PENANDA ARAS WAKIL AJK EKSA PASP KE IBS | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » LAWATAN PENANDA ARAS WAKIL AJK EKSA PASP KE IBS

LAWATAN PENANDA ARAS WAKIL AJK EKSA PASP KE IBS

Pada Jumaat, 21 Julai 2023 yang lalu pihak Pusat Asasi Sains Pertanian telah menghantar 10 orang wakil AJK Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang di pengerusi oleh Tn. Haji Mat Razi Abdullah, Pn. Shaerin Azlin Ab Rahman selaku penyelaras EKSA dan bersama beberapa staf PASP yang terdiri dari staf pejabat am, staf unit makmal serta Pegawai Perkhidmatan Pendidikan mengadakan lawatan penanda aras ke Institut Biosains (IBS) UPM. Lawatan selama dua jam yang bermula pada pukul 9.30 pagi dan di sambut oleh Puan Farah Deena Zainol yang merupakan Penyelaras EKSA di IBS.

IBS dipilih menjadi penanda aras kerana telah menjadi salah satu Pusat Tanggung Jawab (PTJ) yang diiktiraf oleh UPM bagi amalan EKSA yang cemerlang. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberikan idea dan gambaran yang lebih luas serta memberi dorongan positif kepada wakil EKSA PASP bagi meneruskan amalan EKSA di PASP.

Pengamalan EKSA dilaksanakan bagi menambahbaik peningkatan kualiti dan produktiviti perkhidmatan dengan persekitaran tempat kerja yang kondusif. Amalan ini akan menjadikan perlaksanaan tugas menjadi lebih cekap dan berkesan sambil mewujudkan budaya kerja urus tadbir dan membina budaya kerjasama yang cemerlang.

Gambar 1: Wakil AJK EKSA PASP bersama AJK EKSA IBS.

0

Gambar 2: Sesi taklimat EKSA di IBS

 

Selepas lawatan, wakil AJK EKSA PASP mendapat banyak input, idea dan suntikan semangat untuk penambahbaikan amalan yang diamalkan di PASP. Semoga hasil dapatan kali ini mampu membimbing pihak AJK EKSA PASP mencapai Visi, Misi dan Objektif EKSA UPM. Pihak AJK juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua AJK EKSA IBS kerana sudi menerima kunjungan dan berkongsi pengalaman amalan baik EKSA di samping membina jalinan professional antara PTJ di dalam UPM.

 

 

Disediakan Oleh,

Pn. Shariena@Amirah Razali

Ketua Jawatankuasa Latihan EKSA PASP

Date of Input: 26/07/2023 | Updated: 26/07/2023 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbNAb~