Lawatan Pendidikan Kerjaya SMK Kenering | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Lawatan Pendidikan Kerjaya SMK Kenering

Lawatan Pendidikan Kerjaya SMK Kenering

18 Disember 2023, Seramai 37 orang pelajar dan 7 orang guru dari SMK Kenering telah berkunjung ke Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia. Lawatan kerjaya ini telah di santuni oleh JK Promosi ASPutra.  

 

Sesi penerangan telah dikendalikan sendiri oleh Timbalan Pengarah II ASPutra iaitu Prof. Madya Dr. Mohamad Amran Mohd Salleh. Semua pelawat telah diberikan pendedahan tentang program pengajian yang ditawarkan oleh UPM secara umum dan peluang serta keistimewaan yang akan pelajar peroleh apabila menyambung pengajian melalui ASPer UPM.

Pelajar juga dijelaskan tentang laluan akademik dan panduan halatuju selepas SPM agar mereka dapat membuat pilihan laluan yang tepat mengikut pencapaian sebenar SPM mereka. Ini adalah perkara yang sangat penting bagi pelajar ketahui berikutan aliran dan kombinasi subjek yang diambil pada peringkat SPM semakin luas.

 

 

Taklimat dan sesi soal jawab amat memberangsangkan daripada para guru serta pelajar. Selesai sesi taklimat pelajar telah dibawa untuk sesi lawatan ke Makmal di ASPutra. Setelah selesai sesi lawatan ke Makmal para pelajar dan guru pengiring terus bergerak untuk sesi lawatan ke lokasi seterusnya. Majlis bersurai jam 4.30petang.

 

Disediakan oleh :
Hasniah Hamid
AJK Promosi ASPutra

 

Date of Input: 19/12/2023 | Updated: 19/12/2023 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbPAI~