UPM, Serdang 15 November 2024, Seramai 139 orang pelajar serta 2 orang guru pengiring serta 3 orang wakil PIBG Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP, Labu) telah hadir bagi siri lawatan sambil belajar di Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia.
Pelajar tingkatan 5 yang juga calon peperiksaan SPM 2024 ini telah disambut oleh urusetia lawatan dan diberi pendedahan awal melalui taklimat Program Asasi UPM yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Alif bin Mohammad Latif. Pelajar diberi panduan tentang kemasukan ke ASPer UPM, syarat kemasukan dan bidang pengajian yang mereka boleh ikuti selepas tamat program ini.
Seterusnya pelajar dibawa untuk minum petang terlebih dahulu sebelum bergerak untuk sesi pemindahan ilmu oleh Unit Fizik, Unit Matematik dan Unit Pertanian ASPutra. Keadaan cuaca tidak memihak untuk pelaksanaan aktiviti luar, keadaan hujan dan angin kencang sedikit sebanyak telah menjejaskan perancangan asal aktiviti. Namun aktiviti yang dirancang tetap diteruskan seperti biasa tetapi menggunakan ruang dalaman ASPutra.
Pelajar sangat teruja dan sedikit sebanyak mengurangkan tekanan pembelajaran di sekolah terutamanya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan berlangsung tidak lama lagi. Rata-rata pelajar sangat berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan iaitu merangkumi 97.33 orang pelajar menilai dengan skala 4 dan 5. Namun beberapa penambahbaikan yang dicadangkan oleh para pelajar seperti ;
iii. Membawa pelajar berjalan- jalan sekitar UPM
Secara keseluruhanya semua sesi taklimat dan pemindahan ilmu telah mencapai objektif sebagai satu nilai tambah ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar SMAP Labu pada masa akan datang.
Date of Input: 03/12/2024 | Updated: 03/12/2024 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550