Majlis Ahlan Wasahlan Ramadhan Dan Majlis Ramah Mesra 1/2026 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Majlis Ahlan Wasahlan Ramadhan dan Majlis Ramah Mesra 1/2026

Majlis Ahlan Wasahlan Ramadhan dan Majlis Ramah Mesra 1/2026

UPM Serdang, 13 Jan 2026 telah berlangsung Majlis Ahlan Wasahlan Ramadhan dan MRM 1/2026 bertempat di Bilik Rehat Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia. Majlis ini merupakan acara tahunan anjuran Kelab Staf Asasi Sains Pertanian (KSASPER).

Majlis ini merupakan acara tahunan anjuran KSASPER yang diadakan tiga bulan sekali bagi menyambut hari kelahiran semua ahli KSASPER serta menyampaikan sebarang sumbangan seperti sumbangan perkahwinan, kelahiran, khairat kematian mahupun anugerah serta meraikan perpindahan staf ASPutra. Sebagai tambahan, program Ihya’ Ramadhan turut direncanakan untuk digabungkan bersama Majlis Ramah Mesra Bil.1/2026 bagi menyambut dan menyemarakkan kedatangan bulan Ramadhan dalam kalangan warga staf ASPutra.

Pada kali majlis turut diserikan oleh Ustaz Zuhaimi bin Abdul Rahim A.M.P., Pengarah Pusat Islam UPM. Terima kasih pihak ASPutra ucapkan kepada Ustaz  Zuhaimi di atas kesudian beliau mengetuai bacaan Yassin dan doa pada majlis tersebut.

Majlis kali ini dihadiri oleh hampir 50 orang staf dan juga pengurusan ASPutra. Pihak Jawatankuasa juga mengucapkan terima kasih kepada para staf yang telah menyumbang makanan untuk jamuan pada majlis ini.

Semoga semua warga ASPutra sentiasa diberikan kemurahan rezeki, kesihatan yang baik dan dapat menjalankan ibadah puasa dengan penuh barakah.

Date of Input: 13/02/2026 | Updated: 13/02/2026 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
W, (04:09:40pm-04:14:40pm, 10 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]