MAJLIS BACAAN YASIN & TAZKIRAH 'HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH' | Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
» NEWS » MAJLIS BACAAN YASIN & TAZKIRAH 'HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH'

MAJLIS BACAAN YASIN & TAZKIRAH 'HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH'

30 Ogos 2021 (Isnin) jam 9.00 malam telah berlangsung Sesi bacaan Yasin sempena sambutan bulan kemerdekaan Negara kita. Bacaan Yasin kali ini dipimpun oleh Ustaz Zuhaimi bin Hj. Abdul Rahim, Ketua Penolong Pendaftar Pusat Asasi Sains Pertanian & penglibatan pengerusi majlis yang mantap oleh En. Irzan Effendi bin Abdul Aziz.

 

 

Sebaik selesai bacaan Yasin majlis diteruskan pula dengan slot tazkirah dengan tajuk 'Hikmah di sebalik musibah' yang sangat bersesuaian dalam keadaan negara yang melalui fasa pandemik yang merubah kehidupan 360 darjah berbeza dari kehidupan konvensional yang lalu dan sekaligus mewujudkan satu norma baharu yang perlu diadaptasi oleh semua.

 

Antara intipati tazkirah pada malam ini mengingatkan agar kita BERSYUKUR kepada Allah bahkan untuk sekecil-kecil pemberian sekalipun.

Bersyukur:

  • setiap hari bersyukur masih diberi peluang bernafas untuk peluang memohon keampunan & diberi ruang memberi manfaat kepada orang lain.
  • diberi peluang menjadi pelajar ASPer dalam ribuan yang memohon.
  • diberi peluang dengan izin Allah menjadi staf UPM hatta apa jawatan sekalipun merupakan nikmat yang Allah berikan.
  • dengan nikmat kesihatan yang Allah berikan.

 

Apabila ditimpa musibah, ingatlah bahawa musibah itu adalah ujian dan peringatan Allah kepada manusia, ianya berlaku kepada semua termasuk yang beriman dan soleh serta secara pastinya setiap manusia tidak terlepas dari menghadapinya.

Ditimpa ujian dan musibah itu adalah:

  • tanda kasih sayang Allah pada kita
  • akan terhapus dosa-dosa kita
  • akan diangkat darjat seseorang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadikan kita insan yang lebih bersyukur dan menghargai apa yang kita miliki.

 

Date of Input: 02/09/2021 | Updated: 02/09/2021 | hasniah

MEDIA SHARING

Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
BUJZMAd:12:11