Majlis Gemilang Putra 2023 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Majlis Gemilang Putra 2023

Majlis Gemilang Putra 2023

20 Julai 2023-  Seramai 5 orang staf  Pusat Asasi Sains Pertanian telah berjaya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang telah berlangsung di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM pagi tadi.  Pengarah PASP , Prof. Madya Dr Marina Binti Mohd Top @ Mohd Tah mewakili seluruh warga Pusat Asasi Sains Pertanian merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dalam Majlis Gemilang Putra 2023. Mereka yang menerima anugerah terdiri daripada:

  1. Pn. Rafina Syhadilla binti Md Rafi
  2. Cik Hazirah binti Abidin
  3. Pn. Noor Liana Binti Sulaiman
  4. Dr. Siti Suzilliana Putri binti Mohamed Isa
  5. Dr. Ezyana binti Kamal Bahrin

Semoga dengan kejayaa  ini  menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang, dan menyokong pihak Pengurusan Pusat Asasi sebaiknya dalam pencapaian matlamat, hala tuju dan KPI Pusat Asasi dan UPM amnya.

Semoga kejayaan ini juga menjadi contoh dan semangat kepada warga ASPer yang lain untuk terus mengejar kecemerlangan dalam perkhidmatan di ASPer khasnya dan di UPM amnya.

 

 

Date of Input: 20/07/2023 | Updated: 20/07/2023 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbOAh~