My Future Journey 2023 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » My Future Journey 2023

My Future Journey 2023

Dewan Putra 1 Koleg Tun Aishah Ghani UPM, 10 Mac 2023 (Jumaat), telah berlangsung Program My Future Journey 2023. Program ini telah dirangka khas bagi memberi peluang dan ruang kepada pelajar ASPer untuk mendapatkan maklumat yang jelas tentang program pengajian yang ditawarkan oleh UPM.

Program kali ini telah disertai oleh semua fakulti di UPM yang menawarkan program pengajian peringkat ijazah dan Bahagian kemasukan dan Tadbir Urus Akademik UPM. Majlis telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang dengan kehadiran lebih 500 orang pelajar ASPer.

 

Turut memeriahkan program ini, Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian, Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah telah hadir bagi merasmikan Program My Future Journey 2023.

Pelaksanaan program meliputi pameran dan taklimat khas program oleh wakil daripada fakulti mengikut kluster kepakaran masing-masing.

  

 

Date of Input: 30/03/2023 | Updated: 30/03/2023 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXETDAh~