PASP Sertai Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Sembilan | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » PASP sertai Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Sembilan

PASP sertai Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Sembilan

Jempol 8-9 Oktober 2022– Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM (PASP) turut menyertai Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Siri ke-10 di Jempol, Negeri Sembilan yang telah berlangsung pada 7-9 Oktober 2022. Seperti kebiasaan edisi AKM yang lalu, UPM terpilih sebagai rakan Universiti kepada AKM oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mengambil bahagian dalam program Outreach UPM-KPT.

Selain daripada bas Pengembangan PUTRA UPM yang diletakkan di tapak program utama di Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan, pasukan UPM yang diketuai oleh University Community Transformation Center (UCTC) turut mengadakan program pameran dan pemindahan ilmu di KRT Taman Serting Indah, Jempol. Pameran dan pemindahan ilmu ini telah berlangsung pada 8-9 Oktober yang melibatkan beberapa pusat tanggungjawab UPM termasuk PASP.

Meja pameran PASP mempamerkan bahan promosi program Asasi Sains Pertanian dan permainan berasaskan STEM. Selain itu, perkongsian maklumat penanaman dan penjagaan tumbuhan hiasan serta sedikit jualan pokok hiasan juga disediakan di tapak pameran. Pihak pengurusan UPM termasuk Naib Canselor YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dan pegawai tinggi KPT turut menyapa pameran PASP. Khemah pameran juga tidak putus dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat terutama komuniti sekitar Taman Serting Indah.

PASP juga turut terlibat dalam program pemindahan ilmu yang diatur oleh UCTC iaitu demonstrasi penanaman tumbuhan Colocasia yang telah dilaksanakan oleh Pengarah PASP sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Marina binti Mohd. Top @ Mohd. Tah. Aktiviti ini telah mendapat sambutan hangat dalam kalangan komuniti setempat dengan penyertaan seramai 30 orang peserta. Selain berkongsi ilmu penanaman dan penjagaan tumbuhan Colocasia, peserta juga didedahkan dengan penanaman tumbuhan Colocasia yang betul akan berpotensi memberi pendapatan sampingan kepada penanamnya.

Penglibatan PASP dalam program ini turut disertai oleh Timbalan Pengarah II, Prof. Madya Dr. Mohamad Amran Mohd Salleh, En. Ahmad Nazri Mohamad Som, Pn. Noor Liana binti Sulaiman, En. Taqiuddin Mohamad Jalani dan En. Yazid Mukhar. Program turut dibantu oleh En. Adi Fadzli @ Izwan Che Rosele dan Pn. Habibah Mat.

Ucapan penghargaan dirakamkan kepada para penyumbang iaitu pihak Five Roses Enterprise yang menyumbang 30 beg tanah bakar dan Tuan Syed Jaffar Syed Ahmad yang telah menyumbang 50 tumbuhan Colocasia bernilai RM1000.

 

Gambar- gambar aktiviti sepanjang program berlangsung.

Kunjungan dari Dr Wan Baharudin bin Wan Mahmood, Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar Penyelidikan, Kementerian Pengajian Tinggi.

 

Lawatan khemah pameran oleh Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman.

 

Penerangan berkaitan bahan pameran dan pemindahan ilmu melalui permainan berasaskan STEM disampaikan oleh En. Ahmad Nazri Mohamad Som kepada Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman.

 

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail berkesempatan mengunjungi tapak pameran PASP.

 


Merakam gambar bersama Pendaftar UPM, En. Muhazam Mansor.

 

Bersama Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri Dan Masyarakat) UPM, Ybhg. Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin, Pengarah UCTC, Prof. Dr. Loh Teck Chwen dan Timbalan Pengarah Bahagian Pengembangan Pertanian (BPP), Prof. Madya Dr. Khairulmazmi Ahmad.

 

Beberapa orang pelajar mencuba permainan Matematik yang disediakan di tapak pameran.

 

Penerangan ringkas mengenai Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM dan program Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan dan pemindahan ilmu kepada pihak komuniti.

 

Bersama seramai 30 orang penduduk sekitar Taman Serting Indah dalam aktiviti pemindahan ilmu penanaman tumbuhan Colocasia.

 

Bergambar bersama tumbuhan Colocasia masing-masing yang telah ditanam di dalam bekas plastik menggunakan medium tanaman tanah bakar. 

 

Disediakan oleh : En. Ahmad Nazri Mohamad Som 

 

Date of Input: 14/10/2022 | Updated: 14/10/2022 | emma

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbUAp~