Pelajar ASPer Menang Emas, Perak Dan Gangsa Di IMTC 8.0 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Pelajar ASPer Menang Emas, Perak dan Gangsa di iMTC 8.0

Pelajar ASPer Menang Emas, Perak dan Gangsa di iMTC 8.0

Pada 22 Jun 2023, seramai 14 orang pelajar Pusat Asasi Sains Pertanian (ASPer) telah menyertai Pertandingan International Materials Technology Challenge (iMTC) 8.0. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia (MASS), Jabatan Fizik di Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bersama Kolej 12 UPM. Program satu hari ini telah diadakan di Dewan Putra 2, Kolej 12, UPM.

 

Objektif iMTC 8.0 ini diadakan adalah untuk memberi ruang kepada penyelidik dan pencipta muda mempamer dan membentangkan serta bertukar pandangan di dalam bidang teknologi bahan di samping bertanding untuk mendapatkan pingat dan anugerah istimewa sebagai penghargaan untuk inovasi kreatif mereka. Terdapat tiga kumpulan pelajar dari ASPer yang mempunyai minat yang tinggi dalam inovasi telah menyertai pertandingan ini. Mereka berentap bersama saintis muda peringkat Ijazah, Sarjana, Doktor Falsafah, dan para pensyarah muda Institusi Pengajian Tinggi. 

 

Pelajar mempamer poster, model inovasi dan membentangkan idea inovasi mereka kepada juri dan hadirin yang hadir dalam program tersebut. Setiap kumpulan membawa kemenangan dengan membawa pulang pingat di pertandingan ini. Pingat emas dianugerahkan kepada Projek Automatic Roof Rain Detector yang dihasilkan oleh Kausalyaa A/P Subramaniam, Nurul Aina Razali, Noraisyah Mohd Yusri, Siti Hajar Yusoff dan Alia Maisarah Mohd Jani. Pingat perak dimenangi untuk Projek Hybrid eco-Friendly Pump yang dihasilkan oleh Apple Yong Zu Xian, Choo En Yi, Ho Jackie, Navaneeta dan Wong Xin Yi, manakala pingat gangsa untuk Projek portable Traffic Light Control System V-2 using Infrared Ray yang diusahakan oleh Nur Izza Syazreen Rahim, Ahmad Syakir Nordin, Syafiah Iffah Zakaria, Nur Anisya Aida Muhd Rusli dan Nik Hidayatul Aisyah Muhd Yuslan. 

 

Tahniah dan setinggi penghargaan diucapkan kepada para pelajar yang terlibat kerana berani untuk berkongsia idea dan pandangan kreatif mereka di pertandingan inovasi kebangsaan ini. Semoga semangat dan idea inovasi ini terus kekal selari dengan pembangunan Malaysia ke arah Negara maju.



     

 

Disediakan Oleh,

Aina Suhaiza & Dr. Ikhwan Syafiq

Date of Input: 28/06/2023 | Updated: 28/06/2023 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbPAs~