PELANCARAN EKSA PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN TANDA KOMITMEN TERHADAP EKSA UPM | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » PELANCARAN EKSA PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN TANDA KOMITMEN TERHADAP EKSA UPM

PELANCARAN EKSA PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN TANDA KOMITMEN TERHADAP EKSA UPM

Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau ringkasnya dikenali sebagai EKSA mulai diperkenalkan dari Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia.

Langkah penjenamaan semua ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.

Pelancaran EKSA Pusat Asasi Sains Pertanian telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Marina binti Mohd. Top @ Mohd. Tah, Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian pada 12 September 2022 bersekali dengan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Program Semarak Kasih Kemerdekaan 2022 Pusat Asasi Sains Pertanian. Majlis telah diadakan di Dataran Asasi 1 dengan kemeriahan dari penglibatan staf ASPer dan pelajar Asasi Sains Pertanian sesi 2022/2023.

Gambar 1: Prof. Madya Dr. Marina Mohd Top @ Mohd. Tah, Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian menurunkan tandatangan sebagai tanda komitmen dan sokongan terhadap EKSA ASPer

 

Gambar 2: Turut hadir ke majlis pelancaran Prof. Madya Dr. Siti Nurul Ain Md. Jamil, Timbalan Pengarah I (Akademik & Penyelidikan), Tn, Hj. Mat Razi Abdullah, Timbalan Pendaftar dan Prof. Madya Dr. Mohammad Amran Mohd. Salleh, Timbalan Pengarah II (Hal Ehwal Pelajar & JINM)

 

Yang menariknya, gimik pelancaran telah menggunakan barangan terpakai yang digubah secara kreatif dengan menggunakan bekas telur dengan paparan perkataan EKSA. Ianya simbolik kepada hasrat pelaksanaan EKSA untuk memupuk budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan penjawat awam.

Moga EKSA UPM dapat dibudayakan dan dihayati sepenuhnya oleh warga Pusat Asasi Sains Pertanian dan sekaligus menjadi amalan kerja yang dipraktikkan seharian.

 

Oleh:

Che Zailawati binti Abdul Ghani

Pusat Asasi Sains Pertanian

 

Date of Input: 20/09/2022 | Updated: 20/09/2022 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbRAZ~