UPM Serdang 4 Feb 2025, telah berlangsung Majlis Perasmian Gerobok Rezeki ASPer 20 pada jam 1.00 petang bertempat di Bilik Gerobok Rezeki ASPutra.
Gerobok Rezeki ini merupakan projek kerjasama di antara HICOM Kebajikan ASPer dan Bakul Kasih ASPer dengan tujuan untuk membantu pelajar-pelajar asnaf dan pelajar yang mempunyai masalah kewangan untuk mendapatkan bekalan makanan.
Majlis perasmian telah berlangsung dengan meriah dan telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah. Sempena pelancaran ini 10 orang asnaf telah menerima sumbangan makanan seperti ; bubur nasi segera, biskut , roti , air kotak dan lain-lain.
Matlamat program ini juga adalah untuk memastikan tiada pelajar ASPer yang kelaparan sehingga mengganggu pembelajaran seharian. Gerobok Rezeki ini telah menerima sumbangan daripada pelbagai pihak seperti staf, komuniti dan pelajar.
Date of Input: 12/02/2025 | Updated: 12/02/2025 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550