PENGISIAN MENARIK MINGGU PUTRA PERKASA 2023/2024 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » PENGISIAN MENARIK MINGGU PUTRA PERKASA 2023/2024

PENGISIAN MENARIK MINGGU PUTRA PERKASA 2023/2024

28-29 Julai 2023 - Minggu Perkasa Putra 2023/2024 telah berlangsung dengan jayanya selama 4 hari dari tarikh 26-29 Julai 2023 di mana dua hari pertama adalah pendaftaran pelajar baharu ke Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG) manakala dua hari terakhir adalah orientasi atau pengisian slot di Dewan Putra 2 (Serumpun) untuk memperkenalkan pelajar baharu mengenai latar belakang dan fasiliti-fasiliti dalam Pusat Asasi Sains Pertanian dan kampus. Antara pengisian Minggu Putra Perkasa 2023/2024 tersebut adalah melibatkan Majlis suia kenal pelajar bersama warga Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP), taklimat akademik dan hal ehwal pelajar, taklimat Putra VID, taklimat perkhidmatan kaunseling, taklimat keselamatan, taklimat Bantuan Kewangan Asasi dan lain-lain.

Taklimat Akademik telah disampaikan oleh Prof. Madya ChM. Dr. Siti Nurul Ain Md. Jamil, Timbalan Pengarah 1 (Akademik dan Penyelidikan), PASP UPM. Hasil taklimat ini, pelajar telah didedahkan tentang kursus yang ditawarkan dalam program Asasi Sains Pertanian yang terdiri daripada 6 kursus iaitu pertanian, biologi, fizik, kimia, matematik dan Bahasa Inggeris dalam tempoh dua semester ini. Pelajar juga diingatkan mengenai beberapa masalah sama ada masalah akademik atau bukan akademik yang harus ditangani bersama-sama agar prestasi akademik pelajar tidak terjejas dan seterusnya layak ke program Ijazah setelah tamat program asasi ini. Mengenai Hal Ehwal Pelajar, taklimat ini disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Amran Salleh, Timbalan Pengarah 2 (Hal Ehwal Pelajar & Jaringan Industri dan Masyarakat) PASP. Taklimat ini telah memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh pelajar ASPer sama ada aktiviti peringkat Asasi Council, Pusat Asasi Sains Pertanian mahupun HICOM ASPer. Aktiviti anjuran Asasi Council adalah seperti Sukan Asasi Malaysia, Pertandingan Debat Inter-Asasi Universiti Awam, Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi, GMUN Conference dan Pesta Pantun. Pusat juga menyediakan aktiviti pelajar seperti Eksplorasi Putra, Sambutan Hari Kemerdekaan, Sukan Rakyat, Pilihan Raya ASPer, Program Bubur Lambuk dan lain-lain lagi. Malah HICOM juga turut menyajikan aktiviti menarik seperti Apple Day, ASPer Got Talent dan Royal Gala Night. Aktiviti seperti ini secara tidak langsung berjaya mencungkil bakat dan potensi pelajar sama ada dari sudut akademik dan bukan akademik disamping menyediakan satu ruang untuk pelajar bergembira dan bersantai sepanjang program asasi ini. Di akhir taklimat ini, pelajar dapat mengenalpasti juga beberapa fasiliti yang tersedia di Pusat Asasi Sains Pertanian agar sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam keadaan yang kondusif dan selesa.

     

Taklimat Hal Ehwal Pelajar ASPer oleh TP2 PASP

Taklimat Akademik oleh TP I PASP Taklimat Hal Ehwal Pelajar ASPer oleh TP2 PASP

Seterusnya adalah taklimat Putra VID yang disampaikan oleh En. Rostam Abu Bakar, Pegawai Teknologi Maklumat, Bahagian Operasi Aplikasi, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (IDEC). Taklimat ini adalah berkaitan dengan penggunaan Putra VID dimana pelajar boleh mengakses ke dalam aplikasi ini melalui telefon pintar untuk melihat kad matrik pelajar yang mengandungi nama dan nombor matrik pelajar, gambar, Kod QR dan Kod Bar serta boleh dimuat turun daripada aplikasi Putra VID ini. Taklimat berkenaan dengan Perkidmatan Kaunseling UPM turut disampaikan oleh Puan Izwana Ismail, Pegawai Psikologi, Ketua Unit Perancangan Kerjaya UPM. Taklimat ini membantu pelajar untuk mendapatkan khidmat nasihat yang lebih efisien daripada kaunselor UPM sekiranya pelajar menghadapi masalah yang sukar dikendalikan oleh pelajar itu sendiri. Malah pelajar juga boleh meluahkan terus masalah mereka kepada Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM) menerusi sistem i-counselling management system yang telah dibangunakan oleh pihak BKUPM.

 

Taklimat Putra VID oleh IDEC UPM Taklimat Perkhidmatan Kaunseling oleh BKUPM

 

 

Minggu Putra Perkasa 2023/2024 juga turut menjemput tiga orang pegawai dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM iaitu Cik Umi Husna Abdullah selaku Ketua Seksyen Kebajikan, Encik Khairul Hadiz Mohammad selaku Ketua Seksyen Pemerkasaan Mahasiswa dan Puan Nurul Fathiah Edrus. Taklimat ini mendedahkan beberapa bantuan yang diberikan oleh pihak universiti kepada pelajar seperti bantuan kebajikan, bantuan kewangan pelajar, Food Bank Siswa UPM, Putra Voucher dan Free Meal dan lain-lain lagi. Malah pelajar juga didedahkan beberapa aktiviti anjuran universiti yang boleh disertai oleh pelajar Asper di masa akan datang. Berkenaan dengan kewangan, Puan Hasniah Hamid, Pembantu Tadbir, Pusat Asasi Sains Pertanian turut bersama-sama turun padang untuk menyampaikan maklumat penting berkaitan dengan permohonan Bantuan Kewangan Asasi (BKA) kepada pelajar ASPer. Bantuan Kewangan Asasi (BKA) ini hanya diberikan kepada pelajar yang berkelayakan dari golongan B40 dan M40 agar dapat membantu pelajar membayar kos yuran dan pembelanjaan sepanjang pengajian mereka di program ASPer ini.

 

Taklimat Hal Ehwal Pelajar dari BHEP UPM Taklimat Bantuan Kewangan Asasi oleh PASP UPM

 

Taklimat Keselamatan oleh Bahagian Keselamatan UPM Taklimat Kesihatan oleh Pusat Kesihatan Universiti

 

 

Di akhir program Minggu Putra Perkasa 2023/2024 ini, Pusat Asasi Sains Pertanian mengucapkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada barisan fasilitator Minggu Putra Perkasa yang terdiri daripada staf dan pelajar Alumni ASPer atas keringat dan usaha mereka dalam memastikan pendaftaran dan pergerakan pelajar semasa Minggu Putra Perkasa ini berjalan dengan lancar dan teratur. Sijil perhargaan telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah 2, Pusat Asasi Sains Pertanian kepada fasilitator yang terlibat. Jasa kalian amat dihargai. Dengan berakhirnya Minggu Putra Perkasa 2023/2024 ini, diharap pelajar baharu ASPer sesi 2023/2024 dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang baru di universiti dan seterusnya menanamkan semangat sayang akan universiti khususnya ASPer bertepatan dengan saranan universiti “WE LOVE ASPER, WE LOVE UPM”

Sijil Penghargaan kepada fasilitator Minggu Putra Perkasa 2023/2024

Disediakan oleh
En. Muhammad Termidzi Abd. Jamal
AJK Penulisan Laman Web dan Laporan, MPP 2023

 

Date of Input: 07/08/2023 | Updated: 07/08/2023 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbTA5~