PENGISISAN MENARIK ASPER HEAD START 2023 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » PENGISISAN MENARIK ASPER HEAD START 2023

PENGISISAN MENARIK ASPER HEAD START 2023

Pelajar baharu Asasi Sains Pertanian sesi 2023/2024 adalah kelompok ASPer 19 yang telah berjaya mendaftar di Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG) pada 26 dan 27 Julai 2023 dan program orientasi pelajar juga telah dijalankan menerusi program Minggu Putra Perkasa 2023 selama dua hari pada 28 dan 29 Julai 2023. Program Asper Head Start ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk memupuk rasa bersyukur dan bertuahnya pelajar ini kerana terpilih dari ribuan pelajar untuk layak ke Program Asasi Sains Pertanian di Universiti Putra Malaysia. Malah program ini merupakan satu platform untuk pelajar lebih tahu dan cakna mengenai persekitaran universiti dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti menerusi penerangan yang diberikan oleh fasilitator.

ASPer Head Start 2023 ini telah diadakan pada 31 Julai 2023 bertempat di Kompleks Akademik E dan Bilik Kuliah PASP dan program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Penasihat Akademik yang dilantik sebagai fasilitator. Pelajar ASPer 19 telah dipecahkan kepada 20 kumpulan kuliah dan setiap pelajar diberikan seorang Penasihat Akademik (PA) bagi membantu mereka dalam perkara akademik dan bukan akademik sepanjang tempoh program Asasi Sains Pertanian iaitu 2 semester dalam setahun pengajian.Pengisian ASPer Head Start dimulakan dengan sesi Ice Breaking dimana pelajar berpeluang menjalinkan ukhuwah dan sillaturrahim menerusi aktiviti yang dijalankan oleh fasilitator. Sesi ini juga mewujudkan suasana yang ceria dan santai ketika pelajar berkenalan antara satu sama lain.

Kompleks Akademik E (KAE) adalah lokasi bagi program ASPer Head Start 2023

Pelajar ASPer 19 bergegas menuju ke KAE untuk pendaftaran ASPer Head Start 2023

Taklimat ringkas yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian, Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah sebelum bermulanya ASPer Head Start 2023

Seterusnya, pengisian program ini diteruskan kepada sesi Modul 1 bertajuk Smart ASPer. Dalam modul 1 ini, pelajar ditekankan mengenai tiga aspek daripada fasilitator iaitu Adaptasi Diri, Etika dan Peraturan dan Peranan Pelajar. Bagi adaptasi diri, pelajar diingatkan berkali-kali agar sentiasa bijak mengurus masa dan diri sendiri. Sekiranya pelajar dibebani masalah sama ada akademik atau bukan akademik, mereka boleh berkongsi masalah tersebut kepada Penasihat Akademik yang ditugaskan. Seterusnya, sebagai seorang mahasiswa, pelajar diingatkan untuk berusaha menjaga imej dan penampilan mereka dari sudut pemakaian dan pergaulan semasa sesi Etika dan Peraturan. Malah pelajar haruslah peka dan patuh kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti Perlembangaan Universiti Putra Malaysia [Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Perkara Akademik Asasi) 2021] agar tidak menimbulkan isu atau masalah di universiti. Sebagai seorang mahasiswa, pelajar seharusnya sedar akan peranan mereka seperi adab sebagai pelajar, adab kepada pengajar, cara berkomunikasi yang baik dan seterusnya hendaklah mengenali lebih lanjut staf dan pengajar di Pusat Asasi Sains Pertanian UPM ini.

Perkongsian yang dberikan oleh Penasihat Akademik En. Azham Mohamad kepada pelajar kumpulan kuliah 13

Aktiviti santai dan ceria yang dijalankan oleh pelajar Kuliah 14 melalui bimbingan Penasihat Akademik, Dr. Ezyana Kamal Bahrin dan fasilitator, Tee Su Ji

Program ini diteruskan kepada pengisian Modul 2 yang bertanjuk ‘ASPer The Right Choice’. Modul ini terbahagi kepada dua slot iaitu slot We Love ASPer dan Akademik. Menerusi slot We Love ASPer, pelajar seharusnya menanam perasaan sayangkan UPM dan bersyukur kerana ditawarkan ke Program Asasi Sains Pertanian. Banyak kelebihan yang pelajar perolehi di ASPer antaranya adalah pelajar akan ditawarkan ijazah di UPM tertakluk kepada syarat universiti dan program, aktiviti menarik di PASP sama ada anjuran pusat, universiti dan HICOM pelajar dan banyak lagi. Bagi sesi Akademik, pelajar didedahkan serba sedikit mengenai cara pengiraan CGPA bagi semester 1 dan 2, struktur penilaian kursus yang merangkumi Penilaian Berterusan dan Peperiksaan Akhir dan kaedah pembelajaran di PASP yang menggunakan Putrablast. Malah pelajar diterangkan juga implikasi sekiranya mereka tidak begitu cemerlang di asasi ini dan ini boleh menyukarkan mereka untuk memohan program Ijazah yang mereka inginkan. Pelajar juga turut dimaklumkan akan keperluan mereka untuk membeli modul/buku dan lab manual daripada pengajar dan perlu mengisi Penilaian Pengajaran untuk menilai pengajar pada minggu 14 ke atas. Secara ringkasnya, perkongsian menerusi Modul 1 dan 2 sedikit sebanyak telah memberi gambaran kepada pelajar mengenai perkara akademik dan bukan akademik di Pusat Asasi Sains Pertanian.

Sisipan sewaktu Program ASPer Head Start 2023 turut diadakan sesi Pendaftaran Kursus, lawatan ke sekitar PASP dan perpustakaan dan diakhiri dengan sesi bergambar bersama pelajar ASPer 19 ini. Akhir kata, selamat maju jaya kepada pelajar ASPer 19 sepanjang dua semester pengajian ini dan janganlah mensia-siakan peluang yang tersedia di sini untuk pelajar mencapai cita-cita mereka pada masa hadapan.

Disediakan oleh

En. Muhammad Termidzi Bin Abd. Jamal

AJK Penulisan Laman Web dan Laporan, MPP 2023

Date of Input: 16/08/2023 | Updated: 16/08/2023 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbQAU~