Penyertaan Delegasi AsPer Ke Persidangan GENIUS Model United Nations 2023 (GMUN 2023) | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Penyertaan Delegasi AsPer ke Persidangan GENIUS Model United Nations 2023 (GMUN 2023)

Penyertaan Delegasi AsPer ke Persidangan GENIUS Model United Nations 2023 (GMUN 2023)

Pada 7 hingga 9 Julai 2023, seramai 10 orang pelajar Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP) telah menyertai Persidangan GENIUS Model United Nations 2023 (GMUN 2023) yang dianjurkan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor. Tema GMUN pada tahun ini adalah Beyond Borders: Bridging the Divide. Para perwakilan yang mengambil bahagian dalam persidangan ini perlu membuat perbincangan dengan memfokuskan pada tema tersebut melalui pelbagai perspektif seperti yang telah diberikan oleh pihak majlis. Persidangan ini melibatkan 256 orang peserta yang terdiri daripada sekolah menengah dan pusat asasi di seluruh Malaysia.

Model Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang turut dikenali sebagai MUN merupakan simulasi persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang sebenar. Peserta akan menjadi perwakilan mengikut negara yang telah diberikan untuk mewakili sesebuah majlis atau jawatankuasa. Sepanjang tempoh persidangan, perwakilan perlu membincangkan topik tertentu dan hendaklah mencapai resolusi dengan ahli majlis yang lain setelah tamat sesi persidangan.

Objektif GMUN 2023 adalah untuk memperkenalkan suasana persidangan GMUN kepada pelajar-pelajar Malaysia, di samping memberi peluang kepada para pelajar merasai pengalaman mengambil bahagian dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Selain itu, persidangan ini juga dapat mengasah kemahiran pelajar untuk fasih bertutur di persidangan global yang berprestij tinggi. Di samping itu, persidangan ini juga secara tidak langsung telah dapat membangunkan pemikiran kritis dan globular dalam kalangan pelajar Malaysia serta meningkatkan pengetahuan pelajar tentang isu politik, sosial, dan ekonomi global semasa.

Sepuluh delegasi GMUN 2023 yang mewakili PASP ialah Haikal Hafiz Rahmat, Nur Umairah Syahmina Syaiful Azri, Nurul Wafa Hasan Wardi, Vasundra A/P Saravana Kumar, Ryan Koh Jia Xian, Puteri Nur Arissa Yasmin Yusri, Chin Min Le, Nur Syaqila Ramlan Rus, Auni Syifa’ Mohamad Yusoff, dan Muhammad Danish Fahmi Saiful Amri. Penasihat bagi kumpulan delegasi PASP ini adalah Dr. Ezyana Kamal Bahrin dan Dr. Umair Abdul Halim.

Tahniah dan setinggi penghargaan diucapkan kepada para peserta yang terlibat. Semoga persidangan GMUN 2023 ini dapat meningkatkan lagi semangat berpasukan dan dapat memberi ilmu yang bermanfaat serta pengalaman yang bermakna kepada para peserta.

 

Disediakan oleh,
Dr. Ezyana Kamal Bahrin dan Dr. Umair Abdul Halim

Date of Input: 11/07/2023 | Updated: 11/07/2023 | emma

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbPAk~