PERBINCANGAN PENGURUSAN PdP DAN FASILITI BAGI PENAWARAN PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN DI ASPutra | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » PERBINCANGAN PENGURUSAN PdP DAN FASILITI BAGI PENAWARAN PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN DI ASPutra

PERBINCANGAN PENGURUSAN PdP DAN FASILITI BAGI PENAWARAN PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN DI ASPutra

SERDANG, 16 Februari – Perbincangan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan Fasiliti bagi penawaran Program Asasi Sains Pertanian telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Akademik Bangunan Canselori UPM. Sesi telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM dan turut dihadiri oleh Dekan dan wakil daripada Fakulti Sains, Sekolah Pengurusan Ekonomi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Ekologi Manusia, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains Kampus Bintulu, Sarawak, Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa, Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead) dan Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik UPM.

Perbincangan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta fasiliti mengambil kira keperluan dan persediaan bagi kemasukan pelajar baharu asasi pada sesi ambilan 2024/2025 yang terdiri daripada pelajar pakej STEM A dan STEM B. Lepasan Program Asasi Sains Pertanian akan ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di peringkat bacelor merentasi bidang yang ditawarkan di UPM.

Perbincangan ini turut membincangkan cadangan penawaran program baharu di ASPutra iaitu Program Asasi Sains Sosial (ASSos) dan Program Asasi Sains Fizikal (ASFi) untuk mempelbagaikan lagi pengetahuan pelajar melalui penyediaan program yang relevan dan mampu memenuhi pasaran semasa.

Selain itu, penawaran program khas dengan kerjasama Petronas juga dibincangkan untuk memenuhi permintaan penaja bagi kemasukan pelajar di bawah aliran sains sosial.

 

 

Date of Input: 29/02/2024 | Updated: 29/02/2024 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbOAg~