PERTANDINGAN DEBAT INTER ASASI UNIVERSITI AWAM 2022 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » PERTANDINGAN DEBAT INTER ASASI UNIVERSITI AWAM 2022

PERTANDINGAN DEBAT INTER ASASI UNIVERSITI AWAM 2022

Pada 18 hingga 20 Mac yang lalu, ASPer telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Debat Inter Asasi Universiti Awam 2022 yang telah dianjurkan oleh Pusat Asasi Universiti Malaya (PASUM) secara dalam talian. Pertandingan Debat ini merupakan acara tahunan Asasi Council yang dianjurkan sejak tahun 2020. Sebanyak 30 pasukan daripada 13 institusi yang telah menghantar penyertaan bagi dua kategori pertandingan iaitu kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 

ASPer telah diwakili oleh empat pasukan debat yang terdiri daripada dua pasukan debat Bahasa Melayu yang terdiri daripada pasukan UPM A dan UPM B serta dua pasukan debat Bahasa Inggeris iaitu pasukan UPM 1 dan UPM 2. Walaupun para pendebat ASPer berdepan dengan pasukan yang rata-ratanya mempunyai pengalaman berdebat yang lebih lama, namun ia tidak mematahkan semangat para pendebat ASPer dalam melontarkan hujah-hujah yang bernas sepanjang pertandingan berlangsung.

 

 

Bagi Kategori Bahasa Melayu, pasukan UPM B telah berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan Debat Bahasa Melayu setelah usul Isu Russia-Ukraine: Malaysia perlu kekal berkecuali ditolak oleh dewan pada pusing akhir pertandingan menentang pasukan UM B. Pasukan UPM A pula gagal mara ke pusingan suku akhir.

 

Bagi kategori Bahasa Inggeris pula, pasukan UPM 1 dan pasukan UiTM 2 telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga bersama setelah usul 'This House believes that it is in ASEAN's best interest to seek closer ties with China rather than the United States' ditolak oleh dewan pada pusingan separuh akhir menentang pasukan UIAM 1. Pasukan UPM 2 pula gagal mara ke pusingan separuh akhir apabila tewas kepada pasukan UM 1 dengan usul This House regrets the rise of a 'Hookup Culture'.

 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah mengharumkan nama ASPer dan semoga terus maju jaya.

 

Gambar: Mohamad Haikal (dari kanan), Shajitra, Nur Aina Afifah dan Mohammad Omar yang mewakili Team B bagi Debat Bahasa Melayu.

 

Gambar: Hasnul Harris Amir (dari kanan), Nurul Ain Nafisah, Nur Elissa Sofea dan Muhammad Hakimie yang mewakili Team A bagi Debat Bahasa Melayu.

 

Gambar: Priyadarshika (dari kanan), Sree Janane dan Nuraini Amirah mewakili UPM 1 dalam acara Debat Bahasa Inggeris.

 

Gambar: Priyadarshika (dari kanan), Sree Janane dan Nuraini Amirah mewakili UPM 1 dalam acara Debat Bahasa Inggeris.

 

Gambar: Tangkapan skrin Debat BM peringkat Separuh Akhir, sidang 1.

 

Gambar: Tangkapan skrin Debat BI peringkat Separuh Akhir, sidang 1.

Gambar: Tangkapan skrin Debat BI peringkat Suku Akhir, sidang 2.

Gambar: Tangkapan skrin Debat BM peringkat Pusingan 4, sidang 4.

 

Gambar: Tangkapan skrin Debat BM peringkat Pusingan 3, sidang 3.

 

Date of Input: 25/03/2022 | Updated: 25/03/2022 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbTAJ~