PERTANDINGAN OMK2022 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » PERTANDINGAN OMK2022

PERTANDINGAN OMK2022

Pada 23 Julai 2022, Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) telah menganjurkan Pertandingan Olimpiad Malaysia Kebangsaan 2022 (OMK2022) yang dikelolakan oleh Sekretariat OMK daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Pertandingan OMK ialah satu pertandingan matematik peringkat kebangsaan sejak tahun 1971. Ia merupakan pertandingan yang berprestij di Malaysia, yang mana para pelajar dari seluruh negara akan bertanding untuk menyelesaikan permasalahan matematik mengikut kategori yang dipertandingkan. Pertandingan ini juga merupakan satu inisiatif ke arah penggalakkan sains matematik di kalangan para pelajar. Peserta juga berpeluang mengukur keupayaan matematik masing-masing bagi persediaan untuk menyertai peringkat pertandingan matematik yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Pertandingan OMK dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Kategori Bongsu bagi Tingkatan 1 dan 2, Kategori Muda bagi Tingkatan 3 dan 4 dan Kategori Sulung bagi Tingkatan 5, 6 dan prauniversiti. Kategori ini dibahagikan adalah berbeza mengikut tahap kesukaran aras pendidikan masing-masing. Pertandingan ini adalah secara berkumpulan iaitu 4 peserta bagi setiap kumpulan.

Dalam format pertandingan ini, para peserta diuji dengan permasalahan matematik yang merangkumi skop Algebra, Geometri, Kombinatorik dan Teori Nombor. Penganjur OMK akan menyediakan soalan-soalan bersifat aras tinggi dan disesuaikan dengan pelajar peringkat menengah dan prauniversiti. Ini sekaligus menjadikan soalan-soalan tersebut adalah soalan yang baru dan asli. Berbekalkan segala kefahaman dan penguasaan konsep matematik, peserta akan cuba menyelesaikan 9 soalan yang dibahagikan kepada Bahagian A (6 soalan) dan Bahagian B (3 soalan) dalam tempoh 2 jam 30 minit. Kaedah yang digunakan bagi pertandingan OMK2022 kali ini adalah secara dalam talian sepenuhnya dengan menggunakan platform Google Forms.

Penentuan pemenang akan diumumkan pada Oktober 2022 oleh Sekretariat OMK. Pemenang terbahagi kepada 2 kategori iaitu Pemenang Individu dan Pemenang Kumpulan bagi setiap kategori Bongsu, Muda dan Sulung. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan menerima hadiah wang tunai beserta sijil penghargaan manakala pemenang Saguhati dan Sanjungan Kehormat pula akan menerima sijil penghargaan sahaja.

 

Sebanyak 171 buah sekolah serta institusi daripada seluruh Malaysia yang telah menyertai pertandingan OMK2022. Tahun ini, Pusat Asas Sains Pertanian (ASPer) telah menghantar dua kumpulan penyertaan bagi Kategori Sulung yang diwakili oleh pelajar Asasi Sains Pertanian dan dibimbing oleh Puan Munirah binti Kamal selaku penyelaras institusi dari Bidang Matematik ASPer. Diharapkan penyertaan dan kesungguhan pelajar semasa pertandingan ini dapat menyuntik semangat mereka untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang.

Peserta pertandingan OMK2022 terdiri daripada:-

Kumpulan 1

  1. Muhamad Aqil bin Anuar
  2. Aida Farhana binti Azreen Syazril
  3. Callista Yeoh Shu Ning
  4. Deebak A/L Pusparajan

Kumpulan 2

  1. Shajitra A/P Subramaniam
  2. Sio Yen Nii
  3. Nur Syuhada binti Suzamri
  4. Rusyaidi Aiman bin Rozani

 

Disediakan oleh,

Puan Munirah binti Kamal

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Bidang Matematik

Date of Input: 12/08/2022 | Updated: 12/08/2022 | emma

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbSAp~