Physical Health, Emotional Health, And Financial Health | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Physical Health, Emotional Health, and Financial Health

Physical Health, Emotional Health, and Financial Health

Pada 9 Feb 2023 yang lalu, satu program “classroom talk” telah dianjurkan oleh Pusat Asasi Sains Pertanian (ASPER) bersama Malaysia Youth Community (MYC) dan Life Insurrance Association Malaysia (LIAM) selama 2 jam di Bilik Seminar, ASPER. Kolaborasi kali ke-4 bersama agensi ini dilaksanakan dengan pemilihan tajuk yang menepati dengan isu semasa di kala ini iaitu kesedaran tahap kesihatan mental, emosi dan kewangan di kalangan para pelajar. Dengan adanya program ini, pelajar dapat memupuk kesedaran bahawa pentingnya kesedaran awal mengatasi tahap mental, pengurusan emosi dan kewangan yang stabil di kalangan pelajar. Penganjuran program ini turut dihadiri oleh CEO MYC, Mr Jason Ko dan Vice President LIAM, Mr Raymond sebagai penceramah jemputan dan wakil dari pihak pengurusan, Prof. Madya Dr. Mohd Amran Mohamad Salleh, Timbalan Pengarah 2, ASPER. Mr. Raymond dalam ucapannya menegaskan sebagai seorang pelajar, tiga perkara yang perlu ada untuk memperoleh kejayaan akademik iaitu be persistence, determination and passion dengan tagline be the best of you everyday. Program diakhiri dengan aktiviti soal jawab daripada wakil MYC dan sesi pemberian sumbangan daripada wakil LIAM kepada para pelajar yang aktif semasa program berlangsung. Seramai 50 orang pelajar ASPER iaitu dari kumpulan kuliah 7 dan 10 yang dapat menghadiri dan diharapkan program ini dapat memberikan impak kepada mereka dalam mengharungi segala cabaran dan halangan semasa di alam pembelajaran dan sebagai persediaan pelajar dalam mengharungi dan menggalas bebanan tanggungjawab  semasa melangkah masuk ke peringkat ijazah nanti.

 

 

 

 

 

Date of Input: 14/02/2023 | Updated: 16/03/2023 | emma

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbSAm~