Serdang, 25 Mac 2025 – Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) telah mengadakan Program Amal Kasih Asnaf ASPer20 – DRB-Hicom yang berlangsung di Bilik Seminar ASPutra yang dihadiri oleh Ahli Pengurusan ASPutra dan 40 orang pelajar asnaf yang menerima sumbangan zakat wakalah daripada DRB-Hicom.
Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Noor Azmi Shaharuddin, Timbalan Pengarah I (Akademik & Penyelidikan) ASPutra sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada para pelajar dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Inisiatif ini bertujuan membantu meringankan beban pelajar yang memerlukan bantuan kewangan sebagai sumber sara diri serta menyemai semangat kebersamaan dan kasih sayang dalam kalangan warga UPM.
Prof. Madya Dr. Noor Azmi Shaharuddin mengucapkan syukur dan terima kasih berkat kolaborasi strategik dengan syarikat DRB-Hicom, ASPutra telah menerima sumbangan zakat wakalah sebanyak RM15,000 untuk diagihkan kepada pelajar ASPer20. Semoga sumbangan ini membawa kegembiraan kepada para penerima dan menyemarakkan lagi keberkatan bulan Syawal yang bakal tiba.


Date of Input: 26/03/2025 | Updated: 26/03/2025 | hasniah

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor