SERDANG, 14 Julai - Program ASPer Headstart Sesi 2025/2026 telah berlangsung dengan penuh semangat dan keceriaan apabila para pelajar baharu diraikan dengan pelbagai aktiviti menarik yang memberi pendedahan awal kepada kehidupan kampus. Bermula dengan sesi pendaftaran dan sarapan pagi, pelajar kemudiannya disambut secara rasmi melalui ucapan alu-aluan oleh En. Irzan Effendi Abd Aziz selaku Pengerusi Majlis dan Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah, Pengarah ASPutra.
Acara diteruskan dengan sesi Ice Breaking yang dikendalikan oleh Penasihat Akademik dan fasilitator bagi mewujudkan suasana selesa dan mesra, menggalakkan interaksi awal dan membina semangat setiakawan sesama pelajar.
Slot pembelajaran seperti Modul 1 Smart ASPER dan Modul 2 ASPer The Right Choice memberi pelajar gambaran awal mengenai hala tuju akademik mereka. Penilaian program secara atas talian dijalankan sebelum pelajar menikmati jamuan makan tengah hari dan menuju ke surau untuk solat Zohor.
Seterusnya, pelajar menyelesaikan pendaftaran kursus dan dibawa melawat sekitar kampus termasuk perpustakaan serta terlibat dalam sesi bergambar kenangan bersama fasilitator dan jurugambar rasmi. Program diakhiri dengan pelepasan pelajar menaiki bas pulang ke kolej kediaman masing-masing.
Naik bas pulang ke kolej kediaman,
Ilmu dan semangat di dada tersemat.
Langkah pertama penuh harapan,
Bersama ASPER, masa depan hebat!
Program ini membuktikan komitmen ASPutra dalam menyambut dan membimbing pelajar baharu ke arah kecemerlangan.

Date of Input: 16/07/2025 | Updated: 16/07/2025 | hasniah

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor