PROGRAM ASPerCHEM SEMINAR 2023 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » PROGRAM ASPerCHEM SEMINAR 2023

PROGRAM ASPerCHEM SEMINAR 2023

Pada 19 Mei 2023, Jumaat, Bidang Kimia Pusat Asasi Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia, UPM telah menganjurkan satu program ASPerCHEM Seminar 2023 yang melibatkan wakil daripada 20 Kuliah pelajar ASPer 18. Program ini diadakan bagi mengasah kemahiran insaniah, menambah ilmu pengetahuan dan minat para pelajar dalam bidang kimia khususnya kimia organik. Selain itu, ia dapat membantu para pelajar PASP, UPM untuk menonjolkan kebolehan berkomunikasi, meneroka ilmu, meningkatkan pengetahuan dan minat terhadap mata pelajaran kimia organik. Tambahan lagi, proses pembelajaran melalui program ini akan lebih berkesan kerana ianya membolehkan pelajar terlibat secara langsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Program ini dijalankan dalam mengikut format pertandingan yang melibatkan wakil pelajar daripada 20 Kuliah ASPer 18. Pertandingan yang diadakan adalah pembentangan poster dengan menggunakan kreativiti serta kolaborasi di dalam kumpulan.

Program ini bermula pada jam 2.30 petang di Bilik Seminar Asasi 1 dan telah dirasmikan oleh Prof. Madya ChM. Dr. Siti Nurul Ain Md Jamil, Timbalan Pengarah 1, PASP. Manakalah pengrah PASP, Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah telah menyempurakan majlis penutupan dan peyampaian hadiah.

Ucapan Perasmian oleh Prof. Madya ChM. Dr. Siti Nurul Ain Md Jamil

Program ini telah melibatkan seramai enam(6) juri yang telah di jemput di mana tiga(3) orang juri akademik dari Jabatan Kimia Fakulti Sains, UPM iaitu Dr. Mohd Hanif Wahid, Dr. Ruzniza Mohd. Zawawi dan Dr Ili Sayzana Johari. Manakala, iga(3) orang juri dari industri iaitu Pn. Intan Nadhirah Masri, Pegawai Penyelidik MARDI, Dr Tuan Noor Maznee Tuan Ismail, Ketua Unit Sintesis dan Pembangunan Produk Malaysian Palm Oil Board dan Mr. Johnson Ng Chong Sheng, Senior Product Specialist, DPRO Scientific Sdn. Bhd.

Sesi penjurian pembentangan poster

Ucapan Wakil Juri Dr. Mohd Hanif Wahid

Ucapan Majlis Penutup oleh Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah

Pemenang bagi pertandingan pembentangan poster ini telah di tetapkan berdasarkan pemarkahan yang diberikan daripda juri. Berikut merupakan senarai pemenang bagi pembetangan ini:

Anugerah

Kumpulan Kuliah

Nama Peserta

The Best Poster Presentation Award

K11

Nitesh A/L Prakash

Umie Maisara Bt Nasir

Siti Nuraqilah Bt Azmi

Janesha Abigail Shalini

First runner-up The Best Poster Presentation Award

K5

Syaza Nazura Binti Safari

Nur Aisyah Amirah Binti Mohamad Nazir

Nursyamirah Binti Che Rosle

Thanussh A/L S Selvaraju

Siti Fadhilah Binti Hassan

Second runner-up The Best Poster Presentation Award

K16

Nur Muhammad Aidil Bin Nur Anuar

Muhammad Adam Bin Nasrudin

Muhammad Qaiser Bin Mohd Khairi

Nur Sakinah Binti Mohamad Isa

Wan Nur Nayli Binti Wan Mustaffa

Special Award: Creativity

K8

Muhammad Azhari Bin Mazlan

Huda Hidayah Binti Mohd Hafiizh

Shafa Shahirah Binti Shahid Pervez

Kavesree

Special Award: Best Presentation

K1

Nur Aqilah Binti Mohd. Arif

Nurul Najwa Binti Mat Zulkifli

Noor Amylia Binti Che Azman

Mohamad A'zam Bin Mohd Bahrin

 

Sesi bergamber bersama pengurusan PASP, AJK program dan para pelajar

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan jutaan terima kasih di ucapkan kepada semua pihak pengurusan PASP, ahli jawatankuasa Program ASPerCHEM Seminar 2023, juri dan para pelajar yang menjayakan program ini.

Disediakan oleh,

Mohamad Najib Ab Aziz
Pengarah Program ASPerCHEM Seminar 2023.

Date of Input: 04/07/2023 | Updated: 04/07/2023 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbSAx~