Program Eksplorasi Menara Gading Bersama Jiran Muda Rukun Tetangga Seri Serdang 2.0 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Program Eksplorasi Menara Gading Bersama Jiran Muda Rukun Tetangga Seri Serdang 2.0

Program Eksplorasi Menara Gading Bersama Jiran Muda Rukun Tetangga Seri Serdang 2.0

UPM Serdang 17 dan 18 Disember 2022, Program Program Eksplorasi Menara Gading  Bersama Jiran Muda Rukun Tetangga Seri Serdang 2.0 telah berlangsung dengan jayanya. Program ini dilaksanakan secara kerjasama di antara tiga pihak iaitu Ahli JM KRT Taman Seri Serdang, Pusat Kokurikulum dan Pebangunan Pelajar UPM serta Pusat Asasi Sains Pertanian.

Seramai 35 orang Ahli JM KRT Taman Seri Serdang yang terdiri daripada pelajar sekolah sekitar UPM  bersama 28 orang fasilitator daripada pelajar Peringkat Ijazah Sarjana Muda pelbagai bidang di UPM telah turut serta dalam program ini.

Bermula pada 17 hb Disember 2022, para pelar telah diperkenalkan dengan beberapa fakulti di UPM seperti Fakulti Pertanian, Fakulti Kejuruteraan serta Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM melalui sesi “Faculty sight-seeing”. Malalui sesi ini para pelajar dibawa melawat ke fakulti dan berpeluang merakam memori menjejakan kaki di fakulti tersebut.

Seterusnya pelajar telah dibawa ke Pusat Asasi Sains Pertanian bagi sesi perasmian Program Eksplorasi Menara Gading Bersama Jiran Muda Rukun Tetangga Seri Serdang 2.0. Majlis peramian ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar , Timbalan Pengarah II, Pusat Asasi Sains Pertanian , Wakil Pengurusan KRT, Kaunselor  dan Penyelia Kursus QKW2108.

Selesai majlis perasmian pelajar telah didedahkan pula dengan taklimat Pusat Asasi Sains Pertanian yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohammad Amran Mohd. Salleh. Pada sebelah petang para pelajar telah memulakan eksplorasi Menara gading bertempat di sekitar Pusat Asasi Sains Pertanian, Makmal Biologi, Bilik Kuliah dan Dataran ASPer. Pada sesi ini para pelajar perlu melalui tugasan seperti eksperimen mudah serta menyelesaikan masalah. Aktiviti hari pertama berakhir pada jam 6.00petang.

Pada hari kedua 18 Disember 2022, aktiviti dimulakan dengan senamrobik di dataran Asasi 1, seterusnya mereka dibawa ke Bilik Kuliah 11 Asasi 4 untuk pelaksanaan aktiviti dalam kumpulan sehingga jam 1.30 petang. Bermula sesi petang pada jam 2.30 petang para pelajar dikehendaki membentangkan tugasan yang telah diberikan mengikut kumpulan masing-masing. Majlis penutup telah dilaksanakan oleh wakil RMRT dan Penyelia serta pengajar Kursus QKW2108. Majlis selesai jam 6.15 petang.

Semoga dengan pendedahan melalui taklimat dan tugasan yang diberikan akan dapat memupuk rasa minat di kalangan para pelajar untuk meneruskan pengajian di Pusat Asasi Sains Pertanian  dan seterusnya di UPM.

 

Sesi lawatan ke Fakulti Kejuruteraan UPM

Lawatan ke Fakulti Pertanian

Lawatan ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

Sekitar Majlis Perasmian di Bilik Seminar Pusat Aasasi Sains Pertanian

Taklimat Program ASPer oleh Timbalan Pengarah II, Pusat Asasi Sains Pertanian

 

 

Perkongsian oleh Presiden Persatuan Pelajar ASPer Sesi 2022/2023

 

 

 

Date of Input: 05/01/2023 | Updated: 05/01/2023 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbUAr~