PROGRAM IHYA’ RAMADHAN ASPER 1446H | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » PROGRAM IHYA’ RAMADHAN ASPER 1446H

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN ASPER 1446H

Program Ihya’ Ramadhan ASPer 1446H adalah program julung kalinya diadakan di ASPutra. Objektif program ini adalah untuk memberikan platform kepada pelajar muslim untuk mempertingkatkan amalan ibadah dan membina kekuatan rohani sepanjang bulan Ramadhan. Selain itu, program ini diharapkan dapat memberi impak positif serta mewujudkan suasana berlumba-lumba untuk mengejar kebaikkan pada bulan Ramadhan dalam kalangan pelajar ASPer. 

Program ini telah berlangsung dari 4 Mac hingga 21 Mac 2025. Program ini merupakan usaha Majlis Perwakilan Pelajar Asasi UPM (HICOM) ASPer 20 dalam menyemarakkan nilai keislaman, memperkukuh amalan ibadah serta menggalakkan keprihatinan terhadap masyarakat yang memerlukan. Program ini melibatkan semua pelajar ASPer 20 serta staf ASPutra dalam menjayakan kesemua aktiviti yang telah dirancang.

 

Antara aktiviti utama yang dijalankan dalam program ini termasuklah Quran Verse Challenge, iaitu satu pertandingan yang bertujuan untuk menggalakkan pelajar menghayati dan memahami ayat-ayat Al-Quran demi meningkatkan ilmu serta penghayatan mereka terhadap kitab suci tersebut. Pertandingan ini telah mewajibkan penyertaan daripada kesemua 20 kuliah pelajar ASPer 20. Pertandingan ini mempunyai 2 kategori iaitu Hafazan Terbaik dan Kuliah Qurani.

 

Selain itu, aktiviti Tebuk Hafazan turut diadakan sebagai satu cabaran yang menguji tahap hafalan pelajar melalui format soal jawab yang menarik dan interaktif.

 

Seterusnya, program ini turut menyelitkan sesi Tazkirah 10 Minit yang dijalankan sebelum waktu berbuka puasa. Sesi ini berfungsi sebagai ruang perkongsian ilmu ringkas yang memberi peringatan serta motivasi rohani kepada para pelajar.

 

Di samping itu, satu kempen dinamakan Tabung Cinta Gaza turut dijalankan sebagai usaha mengutip dana untuk membantu saudara seagama di Palestin yang sedang mengalami kesukaran akibat konflik yang berterusan. Kempen ini mensasarkan kutipan sebanyak RM2000.00. Jumlah kutipan yang telah berjaya dikumpul adalahsebanyak Rm2290.70. Kutipan ini telah salurkan kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia. Kesemua aktiviti ini bukan sahaja bersifat ilmiah dan rohani, malah turut menerapkan nilai kemanusiaan dan keprihatinan dalam kalangan pelajar.

 

Program ini telah dijayakan oleh beberapa wakil HICOM ASPer20 yang merupakan Exco Kerohanian sebagai ahli jawatankuasa program serta wakil setiap kuliah sebagai ‘person in charge’ bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Kesemua ahli jawatankuasa dan wakil setiap kuliah ini diberikan sijil penghargaan bagi menghargai setiap usaha mereka menjayakan program ini. Jawatankuasa program ini juga di bawah pemantauaan dua orang pegawai pemantau yang merupakan staf ASPutra iaitu Puan Noor Ashira Yusran dan Puan Nur Syafiqah Idris.

Program ini telah mendapat bantuan kewangan daripada Pusat Pengurusan Zakat, Wakaf dan Infak (WAZAN) UPM dengan oeruntukan sebanyak RM440.00.

 

   

 

                        Juara Hafazan Terbaik

Naib Juara Hafazan Terbaik

   

Tempat Ketiga Hafazan Terbaik

   

 

                       Johan Kuliah Qurani  

                              Naib Johan Kuliah Qurani

            Tempat Ketiga Kuliah Qurani

 

Pemenang Tebuk Hafazan

 

 

 

Disediakan oleh;

Noris Alia binti Mohammed Azlan Mis

Setiausaha

Majlis Perwakilan Pelajar Asasi Sains Universiti Putra Malaysia

 

 

Date of Input: 12/04/2025 | Updated: 12/04/2025 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
F, (09:44:15pm-09:49:15pm, 13 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]