Jumaat, 17 Januari 2025 – Seramai 13 orang pelajar ASPer20 telah mengikuti program jerayawara ke Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar ASPer dalam menilai serta mendapatkan maklumat berkaitan program pengajian yang bakal mereka pilih di peringkat sarjana muda. Melalui program ini, pelajar dapat memahami dengan lebih jelas laluan akademik yang sesuai dengan minat dan aspirasi mereka, sekali gus meningkatkan motivasi dalam merancang masa depan pendidikan mereka.

Gambar 1: Peserta Jerayawara ke FMBK.

Gambar 2: Peserta Jerayawara ke FMBK.

Gambar 3: Kata aluan daripada staf FBMK, Cik Alia Amira Abd Rahim.

Gambar 3: Kata aluan daripada staf FBMK, Cik Alia Amira Abd Rahim.

Gambar 4: Taklimat daripada Timbalan Dekan (Akademik dan Pelajar) FBMK, Prof Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz.

Gambar 5: Selesai taklimat daripada Timbalan Dekan (Akademik dan Pelajar) FBMK, Prof Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz.
Usai sesi perkongsian, pelajar ASPer20 dibawa melawat ke Muzium Warisan Melayu FBMK untuk sesi perkongsian mengenai pakaian dan senjata warisan melayu. Perkongsian ini telah disampaikan oleh staf FMBK, Encik Muhammad Adibfikri Hasji.

Gambar 6: Perkongsian daripada staf FBMK, Encik Muhammad Adibfikri Hasji.

Gambar 7: Perkongsian daripada staf FBMK, Encik Muhammad Adibfikri Hasji.

Gambar 8: Sekitar Muzium Warisan Melayu, FBMK.

Gambar 9: Sekitar Muzium Warisan Melayu, FBMK.

Gambar 10: Sekitar Muzium Warisan Melayu, FBMK.
Secara keseluruhannya, program jerayawara ini bukan sahaja membuka peluang kepada pelajar ASPer20 untuk mengenali dengan lebih mendalam program ijazah yang ditawarkan, tetapi juga memberi mereka perspektif yang lebih jelas mengenai laluan kerjaya yang boleh diceburi. Melalui sesi taklimat dan lawatan yang diadakan, pelajar memperoleh gambaran yang lebih baik tentang persekitaran akademik serta cabaran yang bakal mereka hadapi di peringkat pengajian tinggi. Diharapkan pengalaman ini dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi mereka dalam merancang masa depan akademik dengan lebih terarah.
Laporan berita disediakan oleh,
Cik Noor Wahidah Binti Zainol Jamil
Penyelaras ASPutra ke FBMK
Program Jerayawara ASPutra 2025.
Date of Input: 27/02/2025 | Updated: 27/02/2025 | hasniah

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor