PROGRAM PUTRA AGRO EXPLORATION (PAgE) 2025 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » PROGRAM PUTRA AGRO EXPLORATION (PAgE) 2025

PROGRAM PUTRA AGRO EXPLORATION (PAgE) 2025

SERDANG, 24 Ogos – Program Putra Agro Exploration (PAgE) 2025 telah berjaya dianjurkan sebagai memenuhi tuntutan kursus wajib ASA0104 Industri Pertanian dan Makanan. Program yang sekian lama dinanti oleh para pelajar ini berlangsung di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka dengan penyertaan seramai 953 orang pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra).

Selain memenuhi keperluan akademik kursus ASA0104, penganjuran PAgE 2025 juga bertujuan mengasah kemahiran insaniah pelajar ASPutra di samping memberikan pendedahan serta pengalaman baharu. Program ini berteraskan konsep pembelajaran daripada bilik kuliah ke lapangan, yang menuntut pelajar terlibat dalam aktiviti luar kelas. Program PAgE turut menjadi antara acara tahunan penting dalam takwim Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia.

Pelaksanaan PAgE 2025 dijalankan secara bersiri, iaitu siri pertama pada 15 hingga 17 Ogos 2025 dan siri kedua pada 22 hingga 24 Ogos 2025. Seramai 213 orang pelajar memberikan maklum balas, dengan majoritinya amat positif. Lima modul aktiviti yang dijalankan telah meninggalkan pelbagai kenangan manis di samping berjaya memupuk semangat kerjasama dan meningkatkan motivasi pelajar untuk terus maju dalam setiap aspek kehidupan.

Yang Berbahagia Prof. Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Rahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, turut menegaskan kepentingan program ini dalam ucapan beliau ketika Majlis Perasmian PagE 2025 pada 24 Ogos 2025 (Ahad) di Dewan Puncak Ilmu, Kem Permata Resort. Beliau berkata, “Jika dimanfaatkan sebaiknya, program istimewa ini mampu memberi peluang dan ruang untuk menggilap potensi dan membina watak sebagai seorang pelajar yang seimbang dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani.”

Sebagai simbolik, gimik penyerahan bendera UPM daripada pihak kem kepada Puan Rahiza Abu Hanipah, Pengarah Program PAgE 2025, telah diadakan semasa majlis penutup. Penyerahan ini melambangkan kembalinya pelajar kepada pihak ASPutra selepas berakhirnya program yang turut diserikan dengan penyampaian hadiah.

 

Disediakan oleh,

Tuan Muhammad Syafiq Tuan Hassan

Pegawai Eksekutif 3, ASPutra

Date of Input: 09/10/2025 | Updated: 09/10/2025 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
F, (06:59:06am-07:04:06am, 14 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]