Pusat Asasi Sains Pertanian UPM Meriahkan Program Hari Kerjaya Sekolah SAM Hulu Langat | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Pusat Asasi Sains Pertanian UPM Meriahkan Program Hari Kerjaya Sekolah SAM Hulu Langat

Pusat Asasi Sains Pertanian UPM Meriahkan Program Hari Kerjaya Sekolah SAM Hulu Langat

13 Julai 2023 (Khamis), seramai 4 orang staf yang terdiri daripada guru dan pelaksana telah menyertai sesi promosi dan pameran kerjaya di SAM Hulu Langat bermula jam 9pagi hingga 1.30ptg. Staf terlibat ialah; Cik Aina Suhaiza, Puan Nur Syafiqah Idris, Pn. Hasniah Hamid danEn. Mohd Fadzil Suhaimi.

Pelajar rata-rata sangat teruja apabila berkunjung ke booth pameran Pusat Asasi Sains Pertanian UPM. Ini kerana selain promosi program pengajian yang ditawarkan oleh UPM dan Pusat Asasi Sains Pertanian para pelajar juga berpeluang menyertai aktiviti pemindahan ilmu yang dilaksanakan oleh dua orang guru daripada bidang kimia (Pn. Nur Syafiqah) dan bidang fizik (Cik Aina Suhaiza) yang turut serta.

Pelajar telah berkunjung ke booth pameran Pusat Asasi Sains Pertanian seawal jam 8.30 pagi sehingga 1.30 petang. Minat pelajar amat terserlah apabila didedahkan dengan permainan dan aliran sains. Semoga para pelajar SAM Hulu Langat terus cemerlang dan bertambah bilangan pelajar yang mengikuti aliran sains di masa akan datang.

  Disediakan oleh : Pn. Hasniah Hamid

Date of Input: 18/07/2023 | Updated: 18/07/2023 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbSAN~