PUTRA PERKASA KHUSUS BUAT PELAJAR ASPER 18 AMBILAN KEDUA | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » PUTRA PERKASA KHUSUS BUAT PELAJAR ASPER 18 AMBILAN KEDUA

PUTRA PERKASA KHUSUS BUAT PELAJAR ASPER 18 AMBILAN KEDUA

Pelajar program Asasi Sains Pertanian (Ambilan Kedua) sesi 2022/2023 telah selesai mendaftar di Kolej 13, Universiti Putra Malaysia pada 16 Ogos 2022 dan seterusnya menghadiri Program Putra Perkasa yang diadakan khusus buat pelajar ASPer 18 (Ambilan Kedua) ini.

Sesi kemasukan Asasi Sains Pertanian sesi 2022/2023 ambilan kedua ini turut melibatkan kelompok kemasukan pelajar menerusi laluan alternatif T20 yang diuruskan sepenuhnya oleh pihak UPM Education & Training dan juga pelajar yang dipilih menerusi program Young Talent Development (YTP) di bawah penajaan MARA.

Majlis pertemuan kali pertama secara bersemuka melibatkan pelajar dari pengurusan Asasi serta staf terlibat telah diadakan di Bilik Seminar, Pusat Asasi Sains Pertanian. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Prof. Madya DrTimbalan Pengarah I (Akademik & Penyelidikan), Pusat Asasi Sains Pertanian di mana intipati merakamkan ucapan tahniah kerana terpilih menjadi pelajar Asasi Sains Pertanian di UPM. Sesi berkenaan juga menjadi medium memberikan sedikit informasi mengenai UPM dan memperkenalkan barisan tenaga pengajar.

Gambar 1: Pelajar Asasi Sains Pertanian sesi 2022/2023 (Ambilan Kedua) sedang mengikuti sesi taklimat di bawah program Putra Perkasa

Seterusnya, pelajar diberikan penerangan mengenai Putra VID UPM, pendaftaran kursus, taklimat akademik merangkumi skop Pengajaran dan Pembelajaran serta taklimat berkaitan Hal Ehwal Pelajar. Diharap sesi taklimat ini dapat menjadi sedikit panduan kepada pelajar untuk segera menyesuaikan diri dengan pembelajaran Asasi Sains Pertanian.

Hadir sama Prof. Madya Dr. Mohammad Amran Mohd. Salleh, Timbalan Pengarah II (Hal Ehwal Pelajar & JINM), Tn. Hj. Mat Razi Abdullah, Timbalan Pendaftar dan Ts. Syemsul Bahrim Abdul, Pegawai Teknologi Maklumat dari Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC).

Gambar 2: Pelajar Asasi Sains Pertanian sesi 2022/2023 bergambar kenangan selepas menamatkan Program Putra Perkasa (Ambilan Kedua)

 

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar program Asasi Sains Pertanian (Ambilan kedua) sesi 2022/2023

 

Oleh:

Che Zailawati binti Abdul Ghani

Pusat Asasi Sains Pertanian

Date of Input: 17/08/2022 | Updated: 17/08/2022 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbSAr~