RAMAH MESRA NAIB CANSELOR UPM BERSAMA PELAJAR ASPER 18 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » RAMAH MESRA NAIB CANSELOR UPM BERSAMA PELAJAR ASPER 18

RAMAH MESRA NAIB CANSELOR UPM BERSAMA PELAJAR ASPER 18

Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman merakamkan ucapan Syabas kepada 504 pelajar baharu Asasi Sains Pertanian sesi 2022/2023 yang mesra dipanggil ASPer 18 sewaktu sesi Majlis Ramah Mesra bersama pengurusan UPM yang diadakan pada 9 Ogos 2022. Majlis yang diadakan di Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini menyaksikan barisan pengurusan universiti mengalu-alukan kedatangan pelajar ASPer 18 ke kampus hijau, Universiti Putra Malaysia untuk menyambung pelajaran di peringkat pra universiti menerusi program Asasi Sains Pertanian. Suasana yang pastinya berbeza dengan alam persekolahan di peringkat menengah dari aspek pembelajaran dan pembelajaran. Oleh itu, diharap pelajar dapat segera menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus dan belajar hidup mandiri agar dapat mempersiapkan diri menjadi pelajar unggul kalis cabaran dan terus melangkah cemerlang ke peringkat ijazah kelak.

Naib Canselor turut menyampaikan amanat agar pelajar baharu Asasi Sains Pertanian sesi 2022/2023 agar tidak mensia-siakan peluang yang telah diberikan, terus membuat yang terbaik kerana kejayaan di UPM ini merupakan amanah dan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan juga negara.

Gambar 1: Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman bersama sebahagian pelajar baharu ASPer 18

Gambar 2: Sebahagian pelajar ASPer 18 yang hadir Majlis Ramah Mesra bersama Pengurusan Universiti

 

Majlis diserikan dengan persembahan khas dari pelajar baharu ASPer 18 menerusi lagu Sinaran yang didendangkan oleh Nur Fatini Paizul dan Nur Adriana Batrisyia serta lagu istimewa secara medley dinyanyi bersama oleh Navina J. Kumar dan Murushaanaa Loganathen.

Pelajar ASPer 18 turut berpeluang melontarkan sebarang persoalan berkaitan UPM kepada pihak pengurusan UPM sewaktu majlis.

Gambar 3: Persembahan medley oleh Navina J. Kumar dan Murushaanaa Loganathen.

 

Gambar 4: Pelajar ASPer 18 mengambil peluang berswafoto bersama Naib Canselor UPM

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Nazamid Saari, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), YBhg. Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), YBhg. Dato’ Prof. Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad, Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi serta En. Muhazam Mansor, Pendaftar UPM.

Gambar 5: Bergambar kenangan bersama pengurusan UPM sebelum majlis berakhir

 

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar program Asasi Sains Pertanian sesi 2022/2023 dari warga Pusat Asasi Sains Pertanian. Doa kami sentiasa mengiringi anda semua.

 

Oleh:

Che Zailawati binti Abdul Ghani

Pusat Asasi Sains Pertanian

 

Date of Input: 17/08/2022 | Updated: 17/08/2022 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbTAB~