Sincere Beauty Workshop: Unleash Your Healthy Skin | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Sincere Beauty Workshop: Unleash Your Healthy Skin

Sincere Beauty Workshop: Unleash Your Healthy Skin

17 Februari 2023 (Jumaat): Sempena PIITRAM2023, satu bengkel bertajuk “Sincere Beauty Workshop: Unleash Your Healthy Skin” telah dianjurkan oleh jawatankuasa bengkel PIITRAM dan staf akademik Unit Kimia, Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP), Universiti Putra Malaysia (UPM). Bengkel ini (dipengerusikan oleh Dr Norazlinaliza Salim) diadakan di Bilik Seminar PASP bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh 27 orang peserta di kalangan pelajar dan staf PASP. Pihak penganjur bengkel telah menjemput dua orang penceramah iaitu Dr. Wan Syazween Lyana Mohd Kammal daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM dan Encik Johnson Ng Chong Sheng daripada syarikat DPRO Saintifik Sdn. Bhd untuk berkongsi ilmu dan kepakaran mereka dalam penjagaan dan kesihatan kulit.

 

Dalam sesi pertama bengkel, Dr. Wan Syazween telah menerangkan tentang struktur kulit, jenis-jenis kulit serta teknik penjagaan kulit. Di samping itu, beliau juga mengajar tentang teknik mengesan alahan terhadap produk penjagaan kulit serta menerangkan bahan terlarang yang tidak sepatutnya digunakan dalam produk penjagaan kulit. Kaedah untuk mengesan produk yang mempunyai kelulusan dan berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara juga dinyatakan dalam perkongsian beliau.

 

Sesi kedua bengkel disampaikan oleh En. Johnson Ng. Beliau telah berkongsi maklumat berkaitan alatan yang digunakan untuk menganalisa kulit. Alatan tersebut dapat mengesan kondisi kulit manusia termasuk kelembapan dan keanjalan kulit. Pada sesi ini juga, peserta dapat menganalisis kulit mereka secara percuma. Amali berkaitan teknik penggunaan alatan Cutometer juga telah diadakan dengan menganalisis kulit para peserta sebelum dan selepas disapukan sampel pelembab BioEst. Pada setiap penghujung sesi pertama dan kedua, kedua-dua penceramah menyediakan beberapa soalan kuiz yang di tujukan kepada para peserta, didapati para peserta sangat seronok apabila dapat menjawab quiz dengan betul dan para pemenang kuiz tersebut telah diberikan hadiah.

 

Prof. Madya Dr Marina Mohd Top @ Mohd Tah, Pengarah PASP telah hadir ke bengkel ini pada sesi amali dan merasai pengalaman untuk menganalisis kulit beliau mengunakan alat Cutometer. Pada jam 11.30 pagi, Prof. Madya Dr Nurul Ain Md Jamil selaku Timbalan Pengarah PASP telah memyampaikan ucapan penutup dan menyampaikan cenderahati pada penceramah sesi kedua, Encik Johnson Ng Chong Sheng daripada syarikat DPRO Saintifik Sdn. Bhd.

 

Setiap penceramah dan peserta yang hadir telah mendapat pelbagai produk kesihatan sebagai cenderamata daripada pihak penaja. Terima kasih diucapkan kepada pihak penaja, MYC Sdn Bhd., para penceramah, para peserta dan staf PASP serta ahli jawatankuasa yang terlibat iaitu Prof. Madya Dr Siti Efliza, Dr Nur Hana Faujan, Dr Adila Mohamaad Jaafar, Dr Shah Christirani Azhar, Dr Intan Diana Mat Azmi dan Cik Mimi Nazirah Noor Azlan. Diharapkan agar bengkel ini memberikan manfaat kepada para peserta khususnya pelajar PASP tentang penjagaan kulit yang sihat dan penggunaan produk penjagaan kulit serta mendapat ilmu yang bermanfaat untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Ucapan pembukaan dan kata-kata aluan telah disampaikan oleh Dr. Norazlinaliza Salim.

Dr. Wan Syazween Lyana Mohd Kammal daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM meyampaikan ceramah pada sesi pertama.

Encik Johnson Ng Chong Sheng daripada syarikat DPRO Saintifik Sdn. Bhd meyampaikan ceramah pada sesi kedua.

Sesi amali dan analisis kulit para peserta sebelum dan selepas disapukan pelembab BioEst.

Para peserta bengkel bertajuk “Sincere Beauty Workshop: Unleash Your Healthy Skin”sedang mendengar ceramah yang disampaikan oleh Dr. Wan Syazween.

Para pemenang kuiz yang mendapat hadiah pada bengkel  tersebut.

Prof. Madya Dr Marina Mohd Top @ Mohd Tah, Pengarah PASP telah hadir ke bengkel ini pada sesi amali dan merasai pengalaman untuk menganalisis kulit beliau mengunakan alat Cutometer.

Prof. Madya Dr Nurul Ain Md Jamil, Timbalan Pengarah PASP telah memyampaikan cenderahati pada penceramah, Encik Johnson Ng Chong Sheng daripada syarikat DPRO Saintifik Sdn. Bhd.

Para peserta dan penceramah bengkel bertajuk “Sincere Beauty Workshop: Unleash Your Healthy Skin”bergambar di akhir sesi.

 

Penulis: Dr. Norazlinaliza Salim dan Dr. Nur Hana Faujan

Date of Input: 23/02/2023 | Updated: 23/02/2023 | emma

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbRAI~